KUALA LUMPUR: Produk dan logo halal Malaysia yang disijilkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memasuki pasaran Indonesia tanpa halangan, susulan pemeteraian memorandum kerjasama (MoC) antara kedua-dua negara, berhubung Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal Bagi Produk Domestik yang telah ditandatangani hari ini.
JAKIM dalam kenyataan memaklumkan, malah produk yang dikilangkan di Indonesia dan memakai logo halal Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) selaku badan pensijilan halal di republik itu, juga boleh memasuki pasaran Malaysia.
"Kerjasama ini sekali gus memudahkan pengeksportan produk Malaysia ke Indonesia, serta menyumbang kepada peningkatan perdagangan produk halal antara kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut menerusi MoC berkenaan, JAKIM disenaraikan sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf di Indonesia, manakala BPJPH disenaraikan sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf di negara ini.
"Selain itu, MoC ini juga membolehkan kedua-dua negara berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan pensijilan halal yang meliputi aspek latihan, penyelidikan dan analisis produk halal, demi kepentingan bersama.
"MoC ini akan menjadi perintis kepada kerjasama strategik antara kedua-dua negara dalam pengurusan halal yang lebih luas, pada masa akan datang," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Joko Widodo menyaksikan beberapa perjanjian yang ditandatangani wakil kementerian serta agensi berkaitan, dari kedua-dua negara di Seri Perdana, Putrajaya, pagi tadi.
Antara perjanjian yang ditandatangani termasuk Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal Bagi Produk Domestik yang diwakili Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengerusi BPJPH bagi Indonesia Muhammad Aqil Irham.
Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi, mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Malaysia bermula semalam atas jemputan Anwar, susulan lawatan rasmi Anwar ke republik berkenaan pada Januari.
Kali terakhir Jokowi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia ialah pada 2019, selepas dilantik semula bagi penggal kedua menerusi Pilihan Raya Presiden pada 17 April.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023

JAKIM disenaraikan sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf di Indonesia, manakala BPJPH disenaraikan sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf di negara ini. - Gambar fail/https://itc.gov.my/

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

JAKIM ambil serius isu lelaki berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
JAKIM mengambil serius terhadap isu tular membabitkan lelaki Muslim yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada Ahad.

Islam larang menyerupai jantina lain - JAKIM
Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita.

BLACKMORES peroleh pensijilan halal JAKIM, perkukuh kepercayaan pengguna
BLACKMORES mencatat sejarah sebagai jenama kesihatan semula jadi buatan Australia pertama yang menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

JAKIM nasihat pendakwah bebas supaya tidak kenakan bayaran terlalu tinggi
JAKIM menasihatkan pendakwah bebas supaya tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk berdakwah.

Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam dimuktamad hujung bulan ini
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang memuktamadkan satu garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain.

JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai kuasa untuk menarik balik pensijilan halal yang diberikan kepada syarikat dan peniaga pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.

Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan
Pengamal media perlu sentiasa menghormati sensitiviti budaya, agama dan Perlembagaan Persekutuan dalam melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan.

Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.