KUALA LUMPUR: Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan khususnya bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata kaedah ini terbukti berkesan sebagai pemangkin kepada pembangunan negara dan perlaksanaannya memberikan banyak manfaat kepada rakyat dan kerajaan.
Mengambil contoh pembangunan Menara Sentral Perbadanan Aset Keretapi (RAC), kaedah ini membantu penjimatan perbelanjaan kerajaan dan pembangunan serta kemudahan yang lebih baik dapat dilaksanakan di atas tanah-tanah kereta api dalam masa yang lebih singkat.
"Ini juga adalah satu detik bersejarah bagi landskap industri rel negara dan akan membolehkan RAC untuk menjadi semakin dinamik dan cekap dalam menjana pendapatan yang mampan.
"Menerusi kerjasama ini kita dapat merealisasikan satu impian yang bakal menyalur semula hasil kepada pembangunan sektor rel Malaysia," kata Loke ketika perasmian menara itu di sini hari ini.
Menara Sentral RAC merupakan projek usahasama antara RAC dan Arah Asas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh YTL Corporation Bhd.
Loke berharap kewujudan menara itu dapat membakar semangat warga RAC untuk terus gigih berusaha demi pembangunan industri rel negara.
"Projek usaha sama seperti ini patut dipertingkatkan bersesuaian dengan fungsi RAC sebagai pengurus dan pemilik aset kereta api. RAC harus lebih maju ke hadapan melangkaui aktiviti rutin perniagaannya seperti penyewaan dan pajakan tanah kereta api yang sedia ada," katanya.
Dalam satu kenyataan berasingan, RAC dibina di atas kawasan seluas 0.18 hektar dengan kos berjumlah RM125 juta di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, dekat sini.
Ia berupaya menjana pendapatan sekitar RM7 juta setahun melalui penyewaan ruang pejabat, komersial dan makanan.
"Reka bentuk menara ini mempunyai ciri-ciri moden dan mesra alam daripada segi reka bentuk dan binaan bangunan serta melayakkannya mendapat pengiktirafan pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI)," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024
Kata Loke, kerjasama awam swasta terbukti berkesan sebagai pemangkin kepada pembangunan negara dan perlaksanaannya memberikan banyak manfaat kepada rakyat dan kerajaan.- Foto Bernama
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
Model PPP naik taraf lapangan terbang kurang berdaya saing - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengguna pakai model kerjasama awam swasta (PPP) untuk menaik taraf lapangan terbang yang kurang berdaya saing.
RMK12: Kerajaan kaji dasar kerjasama awam swasta - Anwar
Kerajaan sedang meneliti semula rencana pembangunan negara termasuk mengkaji dasar kerjasama awam swasta (PPP), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.