KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak dapat meneruskan kerja-kerja kebajikan berikutan dana Yayasan Akalbudi dibekukan selepas beliau didakwa di mahkamah.
Ahmad Zahid, 69, mendedahkan perkara itu ketika disoal peguamnya Datuk Ahmad Zaidi Zainal semasa membela diri atas 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.
"Sejak saya dituduh di mahkamah (2018) akaun (Yayasan Akalbudi) dibekukan dan saya tidak mampu lagi beri bantuan kebajikan," katanya ketika memberi keterangan dari tempat saksi pada hari pertama prosiding membela diri.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata dana yayasan itu bukan sahaja disalurkan bagi kerja-kerja kebajikan di parlimen berkenaan, malah disumbangkan untuk pembinaan masjid di Yunan, China yang menelan kos RM3.8 juta dan pengubahsuaian masjid lama berusia 400 tahun di perkampungan Melayu di Cape Town, Afrika Selatan yang menelan kos US$1 juta.
Selain itu katanya Yayasan Akalbudi turut membiayai kos pengubahsuaian sebuah gereja lama yang dibeli oleh komuniti Islam di Perth, Australia untuk dijadikan masjid.
"Yayasan Akalbudi juga mengeluarkan dana berjuta ringgit bagi percetakan Al-Quran untuk diedarkan ke negara-negara minoriti Islam seperti Kemboja, China, Korea dan beberapa negara lain," katanya.
Ahmad Zahid berkata yayasan itu turut menyumbang RM8 juta bagi pembinaan dataran Masjid Tuminah Hamidi (yang masih dalam proses pembinaan) selain menyalurkan bantuan kepada keluarga kaum Cina dan India sempena perayaan Deepavali dan Tahun Baharu Cina.
Ahmad Zaidi: Objektif Yayasan Akalbudi adalah menjurus kepada agama Islam, mengapa sumbangan itu juga disalurkan kepada agama lain?
Ahmad Zahid: Saya adalah rakyat Malaysia yang sebenar, dan Islam agama saya. berlaku adil kepada lain-lain agama, sebab itu menjadi tanggungjawab saya untuk memberi kemudahan kepada agama lain bagi mereka melakukan aktiviti berkaitan penganut agama berkenaan.
Beliau berkata yayasan juga menanggung perbelanjaan tiket, hotel, makan minum anggota-anggota polis dan keselamatan serta pembantu yang terlibat semasa bencana pesawat MH17 (17 Julai 2014).
Kepada soalan Ahmad Zaidi mengapa kerajaan Malaysia tidak membiayai kos berkenaan, sebaliknya ia ditanggung oleh yayasan, Ahmad Zahid berkata kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan waktu itu masih belum dapat 'wang pendahuluan' dari kerajaan.
"Oleh itu yayasan membiayai perbelanjaan kumpulan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta anggota keselamatan lain untuk dihantar ke sana (Ukraine) bagi mengenal pasti mayat penumpang MH17. Saya dan ketua polis negara turut pergi ke Ukraine," jelas Ahmad Zahid.
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Pada 24 Jan lepas, mahkamah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap kesemua pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Jumaat (15 April).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 13 2022
Ahmad Zahid, 69, mendedahkan perkara itu ketika disoal peguamnya Datuk Ahmad Zaidi Zainal semasa membela diri atas 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram. - Gambar fail/ Bernama
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Badan Peguam fail notis rayuan berhubung keputusan DNAA Ahmad Zahid
Badan Peguam memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Badan Peguam semak kehakiman DNAA Ahmad Zahid
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Badan Peguam untuk mencabar tindakan Peguam Negaramemberhentikan prosiding terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes Yayasan Akalbudi.
Kes Zahid: Bekas Peguam Negara, Peguam Negara akan dipanggil - Jawatankuasa Pilihan Khas
Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan memanggil bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Peguam Negara yang baharu, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
DNAA: Tunggu keputusan representasi Peguam Negara - Ahmad Zahid
Zahid meminta semua pihak memberi ruang kepada Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan terhadap representasi dikemukakan pihaknya berhubung 47 pertuduhan melibatkan Yayasan Akalbudi.
Saya tiada hak buat ulasan, tanya Peguam Negara - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata sebagai orang yang terlibat dalam kes berkenaan, beliau tidak mempunyai hak untuk membuat ulasan mengenainya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 September 2023.
Kes Zahid: SPRM siasat lanjut kes pecah amanah, rasuah babit Yayasan Akalbudi - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata beliau menyerahkan kepada pegawai penyiasat SPRM untuk menyiasat lanjut kes pecah amanah, rasuah Yayasan Akalbudi.
Kes Zahid: Masa pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya dilaksana - Rasuah Busters
Keputusan prima facie mahkamah yang dibuktikan oleh pendakwa sebelum ini seolah tidak bernilai.
Kes Zahid: MUDA tuntut semua Ahli Parlimen kerajaan nyatakan pendirian
MUDA menuntut kesemua Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan mengemukakan pendirian mereka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kerajaan hormati, tidak campur tangan kes mahkamah libat Zahid Hamidi - Fadillah
Fadillah berkata selain percaya kepada proses pengasingan kuasa antara Parlimen, eksekutif dan badan kehakiman, beliau yakin keputusan dibuat itu berdasarkan fakta yang kukuh.