KUALA LUMPUR: Pelantikan individu yang sedang berdepan pertuduhan di mahkamah ke dalam barisan Kabinet tidak akan menjejaskan agenda pembangunan Madani.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berhasrat menganggu proses perundangan yang sedang berjalan, sebaliknya Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara mesti menegakkan keadilan atas prinsip negara hukum.
Mengambil contoh pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Anwar berkata, selaku Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid melakukan semua kerja dan amalan yang mematuhi prinsip dan dasar kerajaan.
"Saya tidak mahu menghukum sebelum proses mahkamah yang telus dan bebas.
"Saya sekadar nak sebut sejak Bagan Datuk jadi TPM, semua kerja-kerja dan amalan itu patuh kepada prinsip dan dasar kerajaan.
"Ada satu kes dibawa kepada beliau di bawah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengusulkan beberapa tindakan segera tanpa tender. Beliau menulis patuh kepada arah PM dan Jemaah Menteri serta semua mesti mengikut proses tender. Ini pertama kali saya sebut (kepada umum).
"Saya beri jaminan kepada YB, saya tidak ada hasrat ganggu proses ini cuma persepsi mungkin tepat disebut oleh YB Pasir Mas (Ahmad Fadhli Shaari)," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli yang bertanyakan apakah tindakan melantik anggota pentadbiran di peringkat tertinggi daripada kalangan yang didakwa kes pecah amanah menjejaskan agenda Madani yang diuar-uarkan.
Mengulas lanjut, Anwar (PH-Tambun) menambah tindakan tidak boleh diambil berdasarkan pendakwaan sebelum penghakiman mahkamah dibuat terhadap sesuatu pertuduhan.
Begitu pun, Menteri Kewangan itu menegaskan jika ada yang melakukan penyelewengan, tindakan akan diambil tanpa mengira parti termasuk daripada PKR sendiri.
"Saya hanya boleh beri jaminan ia tidak ganggu prinsip dan dasar termasuk Madani yang saya terapkan.
"Kalau saya nampak keras dengan rasuah atau penyelewengan yang ada bukti, ini saya tidak mahu minta maaf walaupun saya dikutuk sebahagian kononnya cari salah.
"Saya kata ambil tindakan saya tidak peduli daripada parti mana termasuk PKR. Saya tidak boleh menjamin parti saya 100 peratus bersih," kata Perdana Menteri lagi.
Jelas Anwar lagi, Madani bukan sekadar slogan kosong tetapi beliau mahu mengajak rakyat memahami bahawa negara tidak selamat tanpa nilai, akhlah dan tatasusila.
Dalam pada itu, Anwar turut mempertahankan tindakannya mendedahkan isu rasuah dalam negara ketika kunjungannya ke luar negara.
Perdana Menteri berkata, beliau hanya memberitahu kebenaran bahawa Malaysia sedang bergelut dengan isu berkenaan dan berusaha membetulkan keadaan.
"Saya sebut sistemik ada orang kata saya mengecam negara di luar negara, ini kenyataan sama ada kita sebut di Jakarta atau Bangkok, saya akan sebut.
"Mengapa saya nak beritahu Jakarta, Malaysia ini negara 100 peratus bersih? Nampak sangat saya menipu. Saya beritahu apa yang sebenarnya dan kita sedang bergelut melakukan islah kerana ada masalah," katanya.
Hasimi Muhamad
Tue Feb 21 2023

Mengambil contoh pelantikan Ahmad Zahid, Anwar berkata, selaku TPM, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu telah melakukan semua kerja dan amalan yang mematuhi prinsip dan dasar kerajaan. - Gambar fail BERNAMA

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.