Seorang lelaki nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbang sejauh hampir 20 meter gara-gara terbabas.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa yang berusia pertengahan 40-an itu, dipercayai memandu kenderaan jenis Toyota Prado dengan laju dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 61, Jalan Alor Setar menghala ke Pendang, pagi Isnin.
Akibat terbabas, kereta mangsa turut merempuh papan tanda jalan, menyebabkan kenderaannya remuk.
Mangsa cedera ringan di kepala dan menerima rawatan awal dari pasukan kecemasan di lokasi nahas.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad yang dihubungi mengesahkan laporan berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian.
Astro Awani
Mon Feb 16 2015
Lelaki berkenaan dipercayai memandu dengan laju dan merempuh pembahagi jalan. - Astro AWANI
PM Anwar gesa GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi Bumiputera
Perdana Menteri hari ini memberi penegasan serta cabaran untuk ketua GLIC dan GLC memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera.
RUU Jenayah Siber akan dibentang di Parlimen pada Oktober - NACSA
NACSA dalam proses merangka Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber baharu yang dijangka dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Sesi Keempat Parlimen ke-15 pada Oktober ini.
Selangor tubuh Pasukan Petugas Semikonduktor
Ia sebagai langkah penting ke arah mencapai matlamat menjadi hab reka bentuk cip global dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kerajaan kenakan duti anti lambakan sementara import PET dari China, Indonesia
Menurut MITI, penyiasatan duti anti lambakan import PET yang berasal atau dieksport dari negara tersebut dimulakan pada 9 Ogos 2024.
PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada Selasa menyangkal khabar angin mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet dan menegaskan bahawa parti-parti gabungan masih kekal bersatu.
KPDN Kedah serbu premis pemborong diesel di Bukit Kayu Hitam
Serbuan dilakukan tujuh anggota penguat kuasa kira-kira 12 tengah hari selepas risikan dijalankan selama dua minggu.
Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.
AWANI Tonight 7 Jan 2025
AWANI Tonight with @Hafiz_Marzukhi
1. S-SEZ: Ensuring cross-border business growth over next decade
2. Nearly 100 dead as magnitude 7.1 earthquake hits Tibet
1. S-SEZ: Ensuring cross-border business growth over next decade
2. Nearly 100 dead as magnitude 7.1 earthquake hits Tibet
AWANI Ringkas: JDT dan PSG jalin kerjasama perluas pembangunan strategik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.
Kereta terbang 20 meter, lelaki nyaris maut
Seorang lelaki nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbang sejauh hampir 20 meter gara-gara terbabas.
Pelajar tingkatan empat antara tiga ditahan rosakkan kereta peronda polis
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supr Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 12.04 tengah malam itu suspek berusia antara 16 dan 23 tahun terbabit dipercayai mabuk.