Seorang pemandu sempat menyelamatkan diri sebelum kenderaan yang dipandunya terbakar akibat dirempuh oleh sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan di Jalan Bau-Serikin awal pagi Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supritendan Alexson Naga Chabu berkata dalam kejadian 3.20 pagi itu, mangsa yang berusia 54 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Krokong, Bau.
“Tiba-tiba sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 41 hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang dipandu oleh mangsa.
“Akibat daripada pelanggaran itu, kereta mangsa telah terbakar, bagaimanapun mangsa sempat keluar menyelamatkan diri dan mengalami luka di lutut kiri selain menerima enam jahitan serta terseliuh di bahu kiri,” katanya dalam kenyataan di sini.
Alexson berkata, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan parah yang retak di bahagian tulang dagu serta pendarahan dalam kepala.
“Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dirawat di Hospital Bau sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak, namun disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 pagi tadi,” katanya.
Astro Awani
Sun Mar 24 2019
Dalam kejadian 3.20 pagi itu, mangsa yang berusia 54 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Krokong, Bau.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
Kereta terbakar dirempuh, pemandu sempat keluar selamatkan diri
Seorang pemandu sempat menyelamatkan diri sebelum kenderaan yang dipandunya terbakar akibat dirempuh oleh sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan di Jalan Bau-Serikin awal pagi Ahad.