PORT DICKSON: Seorang pekerja kilang maut selepas kenderaan dinaiki terbabas masuk ke dalam parit berikutan jalan licin di Kilometer 22.2 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata mangsa Muhammad Zulfikri Mohd Zailani, 22, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Rakannya, Muhammad Fawwaz'aqil Zailani, 25, yang juga peniaga mengalami kecederaan parah pada bahagian tulang belakang dalam kemalangan pukul 11.45 pagi tadi.
"Siasatan awal mendapati Muhammad Fawwaz'aqil sedang memandu kereta jenis Honda Accord dari arah Teluk Kemang menghala ke Seremban.
"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam parit susulan keadaan jalan yang licin disebabkan hujan renyai ketika itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Akibat kemalangan itu, beliau berkata Muhammad Zulfikri yang merupakan penumpang di bahagian depan maut di lokasi kejadian manakala Muhammad Fawwaz'aqil yang cedera parah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan susulan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 01 2022
Seorang pekerja kilang maut selepas kenderaan dinaiki terbabas masuk ke dalam parit berikutan jalan licin di Kilometer 22.2 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), dekat sini hari ini.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dua maut, lori bawa muatan pejabat rempuh belakang treler di lebuh raya WCE
Kemalangan membabitkan sebuah lori lima tan dan treler, terdapat dua mangsa dari lori tersebut yang tersepit dan disahkan maut.
Penunggang maut dalam nahas lima kenderaan di LPT1
Muhammad Al-Faries Faiz yang beralamat di Kampung Sungai Rambai, Sega, Raub mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Penghadang Lebuhraya DUKE dirempuh lori, jatuh hempap kereta
Lori yang dipandu warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh tembok penghadang.
Ops Samseng Jalanan: Anggota trafik alami simptom hilang memori selepas bertembung
Anggota polis trafik yang parah selepas bertembung dengan motosikal lain di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), kini bergelut dengan simptom kehilangan memori.
Kanak-kanak 10 tahun pandu kereta, akibatkan kemalangan
Seorang kanak-kanak lelaki dikesan memandu sebuah kereta milik ibu bapanya sehingga mengakibatkan kemalangan dengan dua kenderaan lain.
Seorang maut, tiga cedera lori terbalik masuk longkang
Kemalangan itu membabitkan lori yang dipercayai terbabas dan terbalik ke dalam longkang.
Empat kenderaan bertembung gara-gara pemandu terlelap
Empat kenderaan bertembung gara-gara seorang pemandu dipercayai terlelap dalam kejadian di Kilometer 46, Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja di sini pada petang Sabtu.
Remaja Thailand maut dirempuh motosikal di Sungai Petani
Mangsa, Phanchakan Kasiwat yang berusia 19 tahun maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.
Pemandu treler maut, nahas lima kenderaan di PLUS arah utara
Kemalangan melibatkan lima buah kenderaan termasuk tiga buah treler, sebuah lori satu tan dan sebuah MPV Toyota Vellfire.
Pemandu lori maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu lori kontena, treler dan Proton Persona di KM 441.2 PLUS di Rawang, awal pagi ini.