Projek kereta nasional ketiga tidak bercanggah dengan polisi kerajaan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Dorell Leiking.
Beliau berkata, ini kerana kerajaan akan meneruskan rancangan menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih efisien untuk mengurangkan kesesakan di samping menjadikan industri automotif lebih berdaya saing.
"Saya yakin dengan menggariskan polisi baharu dan menyediakan pengangkutan awam yang efisien, rakyat akan memilih menggunakan kemudahan awam yang lebih efektif," katanya ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rozman Isli (BN-Labuan) yang mempersoalkan rancangan kerajaan untuk melancarkan kereta nasional ketiga yang disifatkan bercanggah dengan polisi kerajaan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di kawasan bandar raya utama negara.
Menjawab soalan Rozman mengenai tarikh pelancaran kereta nasional itu, beliau berkata rancangan tersebut masih pada peringkat cadangan.
Leiking berkata jika pelancaran itu menjadi nyata, selain daripada insentif percukaian, insentif menarik lain akan diberikan kepada pengusaha mengikut polisi yang terkandung Dasar Automotif Nasional (NAP) 2018 yang akan diumum kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, menjawab soalan Ahmad Amzad Hashim (PAS-Kuala Terengganu) yang mahu industri kereta nasional ketiga ditumpukan di Pantai Timur berbanding sebelah Pantai Barat sebelum ini, beliau berkata cadangan tersebut akan dipertimbangkan.
"Saya juga gembira jika industri ini ditumpu di kawasan Sabah dan Sarawak. Kita akan pertimbangkan supaya ia digalakkan di kawasan Pantai Timur dan Sabah serta Sarawak," katanya.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membayangkan untuk memulakan satu lagi projek kereta nasional ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) di Tokyo, Jepun pada Jun lepas.
-- Bernama
Bernama
Wed Aug 15 2018
![Kereta nasional ke-3 tidak bercanggah polisi kurangkan kesesakan jalan raya Kereta nasional ke-3 tidak bercanggah polisi kurangkan kesesakan jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71530784576_IgnatiusDarellLeik.jpg)
LEIKING: Saya yakin dengan menggariskan polisi baharu dan menyediakan pengangkutan awam yang efisien, rakyat akan memilih menggunakan kemudahan awam yang lebih efektif. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![[RASMI] PRU15: Darell bukan lagi 'giant', tewas di Penampang [RASMI] PRU15: Darell bukan lagi 'giant', tewas di Penampang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668869091_benedictDarellLe.jpg)
[RASMI] PRU15: Darell bukan lagi 'giant', tewas di Penampang
Datuk Ewon Benedict menang di Parlimen Penampang menewaskan penyandangnya Datuk Darell Leiking dengan undi 29,066 dan majoriti 14,410 undi.
![PRU15: 'Giant Killer' Penampang selesai mengundi PRU15: 'Giant Killer' Penampang selesai mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668824624_Darell.jpg)
PRU15: 'Giant Killer' Penampang selesai mengundi
Beliau yang juga Timbalan Presiden Warisan mengundi sekitar pukul 9.30 pagi bersama isterinya, Jennifer Jongiji.
![Perhimpunan Warisan: Jangan amalkan politik wang - Darell Leiking Perhimpunan Warisan: Jangan amalkan politik wang - Darell Leiking](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661508787_TBWARISANPILIH.jpg)
Perhimpunan Warisan: Jangan amalkan politik wang - Darell Leiking
Semua ahli Parti Warisan (Warisan) diingatkan tidak mengamalkan politik wang sepanjang Pemilihan dan Perhimpunan Agung parti itu selama dua hari mulai hari ini.
![Pas Sementara Sabah: 'Dulu kritik, sekarang setuju pula' - Darell Leiking Pas Sementara Sabah: 'Dulu kritik, sekarang setuju pula' - Darell Leiking](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654488438_DarellLeiking.jpg)
Pas Sementara Sabah: 'Dulu kritik, sekarang setuju pula' - Darell Leiking
Usaha melaksanakan pendataan digital warga asing adalah idea asal kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
!['Kerjasama Warisan-PBS hanya andaian penyokong' 'Kerjasama Warisan-PBS hanya andaian penyokong'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599101437_JPN.jpg)
'Kerjasama Warisan-PBS hanya andaian penyokong'
Azis berkata isu itu timbul selepas temu ramah menerusi satu forum melibatkan Datuk Darell Leiking dan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai panel.
![Darell Leiking sahkan Adun Sebatik keluar Warisan Darell Leiking sahkan Adun Sebatik keluar Warisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-10/81570656040_TBNATIONALCARjpg.jpg)
Darell Leiking sahkan Adun Sebatik keluar Warisan
Darell Leiking mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir sudah keluar daripada parti itu.
![Baiki SOP, benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang Baiki SOP, benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-06/61529769703_KedaiMakan.jpg)
Baiki SOP, benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Ahli Parlimen pembangkang menggesa MKN untuk memperbaiki SOP tersebut kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka.
![PRN Sabah: Pemimpin Pusat jangan jual cerita dongeng ketika kempen PRN Sabah: Pemimpin Pusat jangan jual cerita dongeng ketika kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600586901_Darell.jpg)
PRN Sabah: Pemimpin Pusat jangan jual cerita dongeng ketika kempen
Pemimpin Pusat yang datang ke Sabah sempena Pilihan Raya Negeri ke-16 diingatkan tidak menyalahgunakan kemasukan dengan menyampaikan cerita dongeng ketika berkempen.
![Sabah Memilih: Shafie ada resipi terbaik agih kerusi dalam kalangan muka baharu Sabah Memilih: Shafie ada resipi terbaik agih kerusi dalam kalangan muka baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51596432219_ShafieeWarisan.jpg)
Sabah Memilih: Shafie ada resipi terbaik agih kerusi dalam kalangan muka baharu
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mengumumkan jumlah pengagihan kerusi di antara rakan sekutu dalam tempoh terdekat ini.
![Bekas menteri dan timbalan menteri parti Warisan diserap pengerusi GLC Sabah Bekas menteri dan timbalan menteri parti Warisan diserap pengerusi GLC Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61591191505_DarellLeikingAzisJ.jpg)
Bekas menteri dan timbalan menteri parti Warisan diserap pengerusi GLC Sabah
Dua wakil rakyat berkenaan ialah Datuk Darell Leiking serta Datuk Mohd Azis Jamman.