Sebuah kereta Myvi edisi khas menanti warga kota sempena majlis pelancaran Hari Wilayah persekutuan tahun ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, itu tarikan utama sambutan yang dijangka dihadiri lebih 15,000 warga kota, 2 Februari ini.
Ujar Ahmad Phesal, acara cabutan bertuah itu merupakan yang pertama kali diadakan selepas 38 sambutan sebelum ini.
Turut ditawarkan sebuah motor Honda EX5, selain hadiah lain seperti basikal, dan pakej pelancongan.
Sambutan kali ini merupakan yang ke sembilan menggabungkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Tambah Ahmad Phesal, ’Kenduri 1Wilayah’ pada 17 Februari merupakan perjumpaan penduduk serentak yang melibatkan aktiviti sukaneka dan gotong royong rakyat di Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut memberi hadiah pengurangan kompaun trafik RM30 sepanjang Februari ini.
Dalam pada itu, sambutan Hari Wilayah tahun ini turut disokong pihak swasta dengan pelbagai promosi.
Antaranya pakej istimewa keluarga masuk ke Aquaria KLCC, bayaran hanya RM1 untuk menaiki bas ‘hop on hop off’ dan masuk ke taman burung pada 1 Februari depan.
Astro Awani
Wed Jan 23 2013
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Enfiniti hidupkan Panggung Bandaraya dengan teater muzikal MUD
Enfiniti Vision Media bekerjasama dengan DBKL dalam mementaskan teater bertajuk MUD: Our Story Of Kuala Lumpur di Panggung Bandaraya.
DBKL jawab isu CCTV, akui 60 peratus tidak berfungsi
DBKL akui kebanyakan CCTV dipasang hanya sekadar hiasan namun 1,200 CCTV baru akan dipasang menjelang akhir tahun.
Perkongsian basikal: KL belum bersedia sepenuhnya
KL sememangnya sedang melakukan kajian bagi menyediakan bandaraya ini kepada bandaraya mesra basikal, namun masih belum bersedia sepenuhnya.
Lebih banyak lampu hiasan sempena Tahun Baru Cina
Beberapa kawasan tumpuan di bandaraya ini bakal diterangi dengan lebih banyak lampu hiasan bagi memeriahkan suasana Tahun Baru Cina.
Sangkar batu dibina untuk perkukuh cerun Bukit Setiawangsa
38 penghuni dibenarkan memasuki semula kediaman mereka, manakala lima lagi penghuni harus menunggu sehingga sangkar tersebut siap.
Ikram diberi 6 bulan untuk siapkan peta cerun risiko
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib memberi Ikram enam bulan bagi menyiapkan peta cerun risiko di ibu kota.
Kereta Myvi edisi khas sempena Hari Wilayah
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, itu tarikan utama sambutan yang dijangka dihadiri lebih 15,000 warga kota, 2 Februari ini.