BUTTERWORTH: Wanita yang parah selepas kereta dinaiki bersama suami dan anaknya dirempuh pemandu yang melawan arus di Kilometer (KM) 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Bagan Ajam Rabu lalu , meninggal dunia hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa, Goh Shei Yi, 31, meninggal dunia pada pukul 11 pagi selepas dua hari menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ).
"Selepas dua hari menerima rawatan, pihak polis dimaklumkan pihak HSJ bahawa wanita itu sudah meninggal dunia.
"Berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan kira-kira jam 2 petang tadi, punca kematian mangsa disebabkan mengalami pelbagai kecederaan dalaman ekoran impak kemalangan terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini, wanita itu telah menjalani pembedahan di HSJ, manakala suami serta anaknya yang menerima rawatan di hospital sama dipindahkan ke sebuah hospital swasta di George Town.
Noorzainy berkata, lelaki yang memandu melawan arus juga dilaporkan masih tidak sedarkan diri dan berada di dalam wad ICU.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.
BACA: Suami isteri parah kereta dirempuh pemandu lawan arus
Pada 15 April lepas, wanita itu dan suaminya parah selepas kereta Toyota Corolla Altis mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain yang memandu secara melawan arus dari arah Bagan Ajam menghala Sungai Dua.
Kemalangan pada pukul 8.30 malam itu melibatkan tiga buah kenderaan iaitu kereta jenis Toyota Corolla Altis, Honda City dan sebuah motosikal.
Pemandu yang melawan arus dilaporkan cedera parah manakala penunggang dan pembonceng motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Apr 17 2021

Keadaan dua buah kereta yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) pada 15 April lalu. - Gambar PDRM

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kereta dirempuh pemandu lawan arus, isteri meninggal dunia, suami dalam ICU
Mangsa meninggal dunia pada pukul 11 pagi selepas dua hari menerima rawatan di unit rawatan rapi, Hospital Seberang Jaya.