Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang wanita yang dituduh memotong kemaluan suaminya dalam satu kejadian pada Januari lalu.
Tertuduh, Fatimah Abdullah, 51, dilepaskan setelah pihak pendakwaan gagal membawa pengadu, Umar Rahman, 44, yang juga suami wanita itu, seorang warga Pakistan, untuk memberi keterangan di mahkamah.
Hakim Nariman Badruddin membuat keputusan tersebut selepas tiada pengesahan daripada pihak pendakwaan mengenai bila lelaki tersebut, akan kembali ke negara ini.
Umar dikatakan kini berada di Pakistan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rahimah Abd Majid meminta supaya perbicaraan kes diteruskan dengan menyoal saksi-saksi lain yang hadir termasuk dua orang doktor perubatan.
Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, J. Gunamalar membantah dengan alasan ketidakhadiran pengadu iaitu saksi tunggal kes akan menyebabkan pendakwaan terhadap tertuduh menjadi tidak berasas.
Beliau kemudian memohon mahkamah agar tertuduh dilepaskan di bawah seksyen 173(g) Kanun Prosedur Jenayah.
Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap suaminya dengan menggunakan pisau yang berkemungkinan boleh menyebabkan kematian, pada pukul 1.20 pagi, 20 Januari lalu di Jalan Beringin 3, Batu Kikir, dekat sini.
Fatimah didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bernama
Mon Sep 19 2016
![Kerat kemaluan suami: Wanita dari Kuala Pilah lepas tanpa bebas Kerat kemaluan suami: Wanita dari Kuala Pilah lepas tanpa bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71453972412_FatimahAbdullah.jpg)
Fatimah didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan. - Gambar fail
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Ibu Nabil Zamanhuri sahkan anak meninggal akibat serangan jantung Ibu Nabil Zamanhuri sahkan anak meninggal akibat serangan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716724284_MakNabilMentor.jpg)
Ibu Nabil Zamanhuri sahkan anak meninggal akibat serangan jantung
Ibu penyanyi Allahyarham Nabil Zafril Zamanhuri, Fatimah Abdullah mengesahkan kematian anaknya pada pagi tadi disebabkan serangan jantung, berdasarkan hasil siasatan post mortem hospital.
![Sarawak terima 1,403 permohonan kewarganegaraan individu bawah 21 tahun Sarawak terima 1,403 permohonan kewarganegaraan individu bawah 21 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715152285_DatukSeriFatimahA.jpg)
Sarawak terima 1,403 permohonan kewarganegaraan individu bawah 21 tahun
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak menerima 1,403 permohonan kewarganegaraan melibatkan kanak-kanak dan individu berusia 21 tahun ke bawah bagi tempoh 2018 hingga 2023.
![Pemimpin Sarawak berduka atas kehilangan Tun Abdul Taib Mahmud Pemimpin Sarawak berduka atas kehilangan Tun Abdul Taib Mahmud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708484553_TaibMahmud.jpg)
Pemimpin Sarawak berduka atas kehilangan Tun Abdul Taib Mahmud
Sarawak telah kehilangan seorang lagi figura hebat dalam arena politik.
![Miri venue Olimpik Khas Sarawak November depan Miri venue Olimpik Khas Sarawak November depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706791174_DatukSeriFatimahA.jpg)
Miri venue Olimpik Khas Sarawak November depan
Fatimah berkata penubuhan Olimpik Khas Cabang Samarahan dan Bintulu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Khas Sarawak.
![TTG atasi isu gelandangan di Bintulu siap tahun depan TTG atasi isu gelandangan di Bintulu siap tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698703576_KempenDUNJepak.jpg)
TTG atasi isu gelandangan di Bintulu siap tahun depan
TTG Bintulu itu satu daripada pusat bagi membantu gelandangan yang diwujudkan di bandar-bandar utama di Sarawak.
![Pendekatan Sarawak perangi dadah raih anugerah, diiktiraf di peringkat antarabangsa Pendekatan Sarawak perangi dadah raih anugerah, diiktiraf di peringkat antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695053934_TBFatimahAbdullah.jpg)
Pendekatan Sarawak perangi dadah raih anugerah, diiktiraf di peringkat antarabangsa
Usaha Sarawak dalam memerangi penyalahgunaan dadah telah mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Pengawasan Pengurangan Permintaan Dadah daripada ISSUP Global.
![Sarawak aktifkan pangkalan hadapan hadapi musim kemarau Sarawak aktifkan pangkalan hadapan hadapi musim kemarau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636387625_TBFATIMAH.jpg)
Sarawak aktifkan pangkalan hadapan hadapi musim kemarau
Sebelum ini, pangkalan hadapan di Sarawak hanya melibatkan bantuan bekalan makanan kering sewaktu musim banjir.
![Sarawak setuju keluarkan dokumen sementara kepada individu tanpa kewarganegaraan Sarawak setuju keluarkan dokumen sementara kepada individu tanpa kewarganegaraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669801446_TBDOCFATIMAH.jpg)
Sarawak setuju keluarkan dokumen sementara kepada individu tanpa kewarganegaraan
Kerajaan Sarawak bersetuju untuk mengeluarkan dokumen sementara kepada individu atau kanak-kanak tanpa kewarganegaraan berumur 21 tahun ke bawah yang lahir di negeri itu.
![Dokumen sementara buka peluang kepada pendidikan, perkhidmatan kesihatan - Fatimah Dokumen sementara buka peluang kepada pendidikan, perkhidmatan kesihatan - Fatimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-01/41578286490_FatimahAbdullah.jpg)
Dokumen sementara buka peluang kepada pendidikan, perkhidmatan kesihatan - Fatimah
Dokumen itu penting supaya mereka yang tidak mempunyai kewarganegaraan terutama kanak-kanak boleh mendapat akses pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.
![Guru 'hilang' selepas dipercayai rogol dua pelajar Guru 'hilang' selepas dipercayai rogol dua pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636387625_TBFATIMAH.jpg)
Guru 'hilang' selepas dipercayai rogol dua pelajar
Usaha mengesan seorang guru berusia 33 tahun masih giat dijalankan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dua pelajar sekolah menengah Sebauh, Tatau di Bintulu.