BUKIT MERTAJAM: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan ternakan kerang di Kuala Juru, Pulau Pinang mati disebabkan pencemaran selut dari projek mendalamkan muara sungai.
Pengarahnya, Shukri Muslim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai perkara itu dan turut meminta Jabatan Perikanan negeri menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kerang.
Beliau berkata sebarang tindakan susulan akan dimuktamad selepas hasil siasatan diperolehi daripada pihak Perikanan.
"Kita terima aduan berkenaan kerang dikatakan mati dan tidak sempurna. Ini kita telah serahkan kepada pihak Jabatan Perikanan sama ada benarkah andaian bahawa projek JPS ini (hinggakan) kerang itu mati," ujar Shukri.
Menurutnya, projek mendalamkan muara sungai Juru bermula September tahun lepas dan dijangka siap Khamis ini bagi mengatasi masalah sungai cetek di kawasan berkenaan.
Jelasnya, kali terakhir projek mendalamkan sungai di muara berkenaan dilakukan sekitar tahun 2003.
"Memang kita ada kenal pasti beberapa pemternak kerang tetapi mengikut apa yang telah kita lakukan di tapak lokasi, kesemuanya telah bersetuju bekerjasama dengan kita untuk beri laluan kepada projek ini. Projek ini bukan untuk kepentingan JPS sendiri tapi untuk orang di kawasan sekitar muara Sungai Juru," ujarnya.
BACA: Kerang mati dan busuk, penternak dakwa kerugian RM700,000
Shukri berkata, pihak JPS juga telah mengadakan rundingan dengan kumpulan penternak di Kuala Juru sebelum ini.
Tegasnya, kawasan sungai berkenaan cetek dan perlu didalamkan bagi memberi kemudahan pergerakan bot nelayan di situ selain bagi mengatasi masalah banjir akibat sungai cetek.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Noraisyah Abu Bakar ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah membuat pemeriksaan di kawasan ternakan kerang hari ini.
Jelasnya, kajian lebih terperinci akan dilakukan pihaknya bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kerang berkenaan sama ada disebabkan oleh selut atau sebaliknya.
Penternak kerang di Kuala Juru, Pulau Pinang sebelum ini mendakwa kerugian hampir RM700,000 selepas kerang ternakan mereka tidak dapat dipasarkan selepas kerang menjadi busuk seterusnya mati akibat pencemaran selut.
Menurut Pengerusi Persatuan nelayan Unit B, Kuala Juru, Bahari Edin, ternakan yang diusahakan di kawasan seluas 28.33 hektar sejak Mac tahun lepas itu sepatutnya dituai pada bulan ini namun malangnya semua kerang sudah mati.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Mar 23 2021
Penternak kerang di Kuala Juru, Pulau Pinang sebelum ini mendakwa kerugian hampir RM700,000 selepas ternakan mereka tidak dapat dipasarkan kerana mati akibat pencemaran selut. - Astro AWANI
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
Kerang mati: JPS negeri jalankan siasatan terperinci kenal pasti punca
Sebarang tindakan susulan akan di muktamadkan selepas hasil siasatan diperolehi daripada pihak Jabatan Perikanan.