LAHAD DATU: Rancangan khidmat guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) diserap ke jawatan tetap atau melalui kontrak perkhidmatan (COS) sedang diusahakan oleh kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan termasuk menyelaraskan masa kerja guru KAFA di seluruh negara.
"Kita sudah bincang terutama syarat-syarat, dengan pihak berkuasa agama negeri serta agensi berkenaan agar guru KAFA ini dapat dibantu ditetapkan dalam perkhidmatan mereka ataupun COS peringkat awal dulu.
"Masalah ada negeri yang melaksanakan KAFA ini tiga hari seminggu sahaja, ada negeri pula lima hari," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama guru KAFA, takmir dan imam di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Idris mengingatkan agar semua guru KAFA termasuk imam di negeri ini menjaga akhlak dan menjadi contoh kepada masyarakat.
Selain itu, katanya pada tahun ini kerajaan menyediakan peruntukan RM1.5 bilion berkaitan hal ehwal Islam dengan RM140 juta untuk pendidikan, manakala RM58 juta disalurkan untuk pembangunan agama di Sabah.
Sementara itu, Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan pada Jumaat memberitahu Sabah menerima peruntukan RM58 juta daripada kerajaan persekutuan bagi elaun imam, guru takmir, guru KAFA, termasuk penyelia masjid.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022

Idris berkata terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan termasuk menyelaraskan masa kerja guru KAFA di seluruh negara. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tidak penuhi syarat perjawatan sukarkan guru KAFA diserap ke jawatan tetap
Kesulitan menyerap guru KAFA kepada perjawatan gred tetap adalah kerana syarat yang tidak dipenuhi seperti masa bekerja mereka.

Semua negeri setuju jumlah jam, hari bekerja guru KAFA diselaras dan ditingkatkan
Kesemua negeri bersetuju jumlah jam dan hari bekerja bagi guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) diselaras serta ditingkatkan untuk terus memelihara kebajikan golongan itu.

Melaka lulus pelantikan guru KAFA SRA, guru tadika JAIM secara kontrak
Pelaksanaan Pembayaran Kontrak Khas ini di Melaka adalah antara yang tertinggi dalam Malaysia.

Bayaran kenaikan elaun guru KAFA diberi secara tunggakan - Jakim
Pembayaran kenaikan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) akan dibuat secara tunggakan bermula Januari 2023 kepada semua guru KAFA di seluruh negara.

Guru Kafa didakwa hempas murid hingga patah kaki
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap mangsa yang berusia sembilan tahun.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

PPIM saran guru, kakitangan sekolah jalani pemeriksaan mental
Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan seperti itu tidak sepatutnya berlaku terutamanya di peringkat sekolah.

JAIS mula gantung tugas guru KAFA tolak vaksin
Jika masih tidak melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 sepanjang tempoh penggantungan, mereka boleh ditamatkan perkhidmatan.

Kerajaan usaha realisasi guru KAFA diserap jawatan tetap - Idris
Rancangan khidmat guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) diserap ke jawatan tetap atau melalui kontrak perkhidmatan (COS) sedang diusahakan oleh kerajaan.

Jakim kaji kemungkinan guru KAFA belum vaksin dikecuali pengajaran bersemuka
Guru-guru KAFA dinasihat ambil vaksin COVID-19 demi keselamatan semua pihak khususnya golongan murid.