LANGKAWI: Kerajaan berusaha untuk menaikkan sedikit gaji penjawat awam menerusi Belanjawan Madani kedua yang akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ia sebagai langkah sementara, sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan, yang dijangka pada tahun depan.
"Jadi sementara waktu saya dah bincang dengan Kementerian Kewangan, KSN (Ketua Setiausaha Negara) dan KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam).
"Saya kata kalau begitu, sementara kajian ditingkatkan saya cuba dalam Belanjawan Madani bulan Oktober ini, kita cuba naikkan dulu sedikit gaji (penjawat awam), sementara kita buat kajian menyeluruh yang boleh siap tahun depan," katanya semasa berucap di program tinjauan mesra pelancongan dan perasmian Geopark Discovery Centre di sini, hari ini.
Anwar berkata adalah menjadi dasar kerajaan sekiranya ada kemampuan untuk membuat pelarasan semula gaji penjawat awam setiap 10 tahun dan ia sepatutnya telah dilakukan dua tahun lalu.
Namun, Perdana Menteri berkata kerajaan sebelum ini tidak melaksanakan perkara itu malah mesyuarat bagi membincangkan isu itu juga tidak dilakukan.
"Jadi bila kita adakan mesyuarat dan bila saya semak dengan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) saya kata kenapa tidak ada mesyuarat lagi? Dia kata takda. Pada hal gaji penjawat awam ini tiap 10 tahun ikut keupayaan kita, kalau kita boleh naik sikit kena naik sebab inflasi tu naik juga sikit," katanya.
Anwar berkata hasil mesyuarat bersama KSN, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) dan KPPA perkara itu kemudian telah diteliti semula.
"Kita periksa semula fail, jadi saya selaku Menteri Kewangan kata kena ada keputusan gaji penjawat awam dinaikkan termasuk polis, tentera, penjawat-penjawat awam termasuk staf LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi)," katanya.
Pada 13 Julai lalu, Perdana Menteri memaklumkan skim gaji penjawat awam akan disaran dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaaan ekonomi negara dengan cadangan itu akan dikemuka dalam mesyuarat bersama KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali dan KPPA Datuk Zulkapli Mohamed.
Sementara itu, Anwar memaklumkan kerajaan turut bersetuju untuk memberikan elaun seberang laut bagi penjawat awam bertugas di Langkawi seperti yang dinikmati oleh penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung (bayaran insentif wilayah).
"Ada juga cadangan dia kata orang di Pulau Tuba sakit, nak mai (ke Langkawi) macam mana, jadi kita dah order ambulans laut, tapi saya tak setuju lancar sekarang (sebab Pilihan Raya Negeri)," katanya.
Menyentuh mengenai Langkawi, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dalam usaha menjadikan pulau peranginan itu pesat membangun semua jabatan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu diselaras bagi menjalankan program-program tertentu.
"Makna tiap syarikat kerajaan yang besar, TNB, Khazanah mesti perhati dan ada rancangan untuk mengangkat kedudukan Langkawi untuk menarik pelancong," katanya.
Bagi kakitangan swasta di negara ini pula, Anwar berkata kerajaan sudah di peringkat akhir kajian untuk menyediakan peruntukan kewangan bagi membantu kenaikan gaji pekerja di sektor itu.
"Bagaimana dengan pekerja lain seperti kakitangan hotel, syarikat dan kilang sedangkan penjawat awam kita naik gaji. Maka saya minta Kementerian Ekonomi siapkan kertas kajian, ada tak negara guna duit kerajaan tolong gaji swasta, rupanya ada. Tidak mudah laksana dalam keadaan ekonomi sekarang tapi susah macam mana pun masalah dihadapi rakyat kena ada perubahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023
Anwar berkata adalah menjadi dasar kerajaan sekiranya ada kemampuan untuk membuat pelarasan semula gaji penjawat awam setiap 10 tahun dan ia sepatutnya telah dilakukan dua tahun lalu. - Gambar fail
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
Lawatan kerja PM: Malaysia dalam misi yakinkan Hyundai, OCI tingkatkan pelaburan
Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.
FTA Malaysia-Korea akan dimuktamadkan tahun depan - PM
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea akan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan tertangguh.
Kerajaan tidak gunakan dana syarikat swasta untuk penerbangan rasmi - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan pihaknya tidak sama sekali menggunakan dana syarikat swasta untuk membiayai kos penerbangan lawatan rasmi ke empat negara.
Hubungan diplomatik Malaysia-Korea dinaik taraf kepada kerjasama strategik
Malaysia dan Republik Korea memuktamadkan naik taraf hubungan diplomatik kedua-dua negara daripada hubungan dua hala kepada kerjasama strategik.
Lawatan kerja PM: Tiga MoU dimeterai antara Malaysia-Korea
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan negara di Istana Presiden Yongsan untuk bertemu Presiden Yoon Suk Yeol pada Isnin.
Anwar, Yoon adakan mesyuarat dua hala mengenai hubungan Malaysia dan Korea Selatan
Kedua-dua pemimpin, diiringi beberapa menteri, mengadakan mesyuarat dua hala bermula 11.10 pagi, dijangka berlangsung kira-kira sejam.
[KOLUMNIS] Industri pertahanan tempatan perlu lonjakan strategik
Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat yang menyaksikan peruntukan terbesar dalam sejarah menarik perhatian banyak pihak.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.