KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyumbangkan dana RM2 juta kepada Yayasan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) untuk memperkasa institusi maahad tahfiz di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Berucap pada majlis Himpunan 23K Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini beliau berkata dana itu adalah sebagai tanda sokongan kerajaan untuk usaha berkenaan.
"Pada masa ini terdapat 175,000 pelajar tahfiz daripada 1,199 maahad tahfiz berdaftar sementara 125,000 pelajar tahfiz lagi di maahad tahfiz yang tidak berdaftar.
"Maahad tahfiz tidak berdaftar ini, yayasan (Pinta) akan bantu. Maahad tahfiz yang tidak berdaftar tidak dapat bantuan kerajaan kerana tidak penuhi syarat," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.
Yayasan Pinta dan Koperasi Pinta adalah dua institusi yang dilancarkan secara rasmi hari ini di bawah Pinta, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan kebajikan huffaz dan maahad tahfiz di seluruh negara.
Dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju supaya Pelan Tindakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 dan Garis Panduan Pengurusan Institusi Tahfiz dilancarkan hari ini.
"Ia merupakan kesinambungan kepada Pelan Tindakan DPTN 2016-2020. Proses pembangunan pelan ini diurussetiakan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) serta melibatkan pelbagai pihak antaranya Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN), agensi kerajaan dan persatuan-persatuan tahfiz," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kementeriannya telah mengambil tiga maahad tahfiz angkat untuk dijadikan sebagai maahad tahfiz TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dan jumlah itu akan ditingkatkan kepada 10 menjelang akhir tahun ini.
"Ia bertujuan melatih huffaz untuk memiliki kemahiran elektrikal, membaiki motor, membaiki pendingin hawa bagi mendapatkan sijil, diploma dan ijazah," katanya.
Beliau berkata Jawatankuasa Projek Khas Huffaz Profesional yang dipengerusikan beliau sendiri melibatkan pelbagai agensi termasuk Kementerian Pendidikan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membangunkan tujuh modul yang signifikan bagi merealisasikan agenda melahirkan generasi huffaz profesional.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata peranan dan kedudukan al-Quran memainkan peranan penting dalam pembangunan Malaysia MADANI.
Dimensi rohaniah dalam gagasan MADANI memberi penekanan terhadap usaha pemerkasaan aspek nilai, akhlak, adab dan tatasusila budaya yang luhur dalam segenap aspek kehidupan masyarakat, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kiri) menyempurnakan pelancaran Pelan Tindakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 dan Garis Panduan Pengurusan Institusi Tahfiz pada Majlis Himpunan 23K Huffaz Malaysia hari ini. - BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kerajaan umum dana RM2 juta kepada Pinta untuk perkasakan maahad tahfiz
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dana itu adalah sebagai tanda sokongan kerajaan untuk usaha berkenaan.