KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion sebagai dana awal bagi Fasiliti Peralihan Tenaga Negara untuk membolehkan pemangkin kewangan secara teradun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemudahan berkenaan akan mengupayakan pemangkin kewangan berkenaan dalam memastikan kelancaran aliran sumber kewangan ke arah projek-projek peralihan tenaga yang berpotensi secara marginal atau menghasilkan pulangan di bawah pasaran.
"Kemajuan kita dengan mengambil kira keadaan semasa teknologi penyahkarbonan Malaysia yang belum matang, banyak bergantung kepada sumber tenaga alternatif serta kerjasama serantau dan antarabangsa yang mantap.
“Sehubungan itu, kerajaan akan memperuntukkan RM2 bilion sebagai dana asas untuk Fasiliti Peralihan Tenaga Negara.
"Contohnya, pelaburan dalam rantaian nilai kenderaan elektrik (EV), hidrogen dan teknologi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucap tama ketika Persidangan Peralihan Tenaga Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, pada Selasa.
Perdana Menteri menambah, sekurang-kurangnya RM1.2 trilion pelaburan diperlukan di antara 2023 dan 2050 bagi membolehkan pelaksanaan peralihan tenaga dilakukan dengan penuh tanggungjawab.
Katanya, dalam dekad ini sahaja, kerajaan memerlukan di antara RM60 bilion dan RM90 bilion bagi projek penting.
"Antaranya mengembangkan pengangkutan awam, pengukuhan infrastruktur grid, dan latihan semula modal insan," katanya lagi.
Umavathi Ramayah
Tue Aug 29 2023
Anwar ketika menyampaikan ucap tama pada Persidangan Peralihan Tenaga TNB 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Selasa. -Foto BERNAMA
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Kerajaan umum dana asas RM2 bilion bagi Fasiliti Peralihan Tenaga Negara
Ini bagi memastikan kelancaran sumber kewangan bagi projek peralihan tenaga yang ada kekangan pinjaman.