KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi tumpuan bagi membenarkan lebih banyak pembangunan perumahan bandar bersepadu berskala besar memasukkan solar bumbung dalam pakej harga dan membolehkan penggiat hartanah mempertimbang penyelesaian simpanan tenaga.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata pada masa ini, kerajaan sedang bekerjasama dengan Sime Darby Property Bhd berikutan projek-projek solar bumbung hanya boleh dilaksanakan di projek perumahan komersial berskala besar tanpa pembiayaan kerajaan.
Namun, katanya, aspek birokrasi menyebabkan proses itu memakan masa biarpun terdapat permintaan daripada kalangan pembeli perumahan hartanah pertengahan dan mewah.
"Pada masa ini, proses berkenaan membabitkan permohonan kuota yang perlu dibuat secara individu. Ini agak mengekang bagi pemaju hartanah berskala besar seperti Sime Darby Property kerana tidak boleh menjadikannya sebagai satu pakej untuk rumah tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Fasa 1 Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) di sini, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Rafizi berkata langkah itu diambil bagi mempercepat teknologi serta permohonan bagi simpanan bateri.
Bagi solar bumbung individu, beliau berkata, ini akan dijalankan apabila pihak pengagregat pasaran tunggal beroperasi dan mempercepatkan kehadiran lebih banyak pasaran runcit bebas.
Sementara itu Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata projek perintis dengan Sime Darby Property itu membabitkan kawasan perumahan Elmina dan Bandar Bukit Raja, Selangor, yang merangkumi kapasiti solar sehingga 10 kilowatt bagi setiap rumah dan berjumlah 4.5 megawatt bagi 450 rumah.
Menurutnya, subsidi bersasar akan turut mempercepat pelaksanaan solar bumbung bagi projek pembangunan perumahan.
"Bagi mereka dalam kelompok teratas pendapatan isi rumah, tarif yang perlu dibayar adalah hampir dengan yang ditetapkan di pasaran kerana menerima subsidi lebih rendah. Kini, mereka ada pilihan iaitu untuk memilih pemasangan solar bumbung.
"Ramai yang menganggap solar bumbung mengambil tenaga itu dalam skala yang besar. (Sedangkan) jika anda lihat di negara seperti Australia dan Jerman, solar bumbung ini lebih mengatasi kaedah pemasangan tenaga.
"Aspek itu yang kita lihat masih belum diterokai di Malaysia sepenuhnya berikutan terdapat kekangan seperti tanah dan kos," katanya.
Selain itu, mengulas NETR, Rafizi berkata kerajaan mengambil pendekatan berbeza dalam pelaksanaan dasar yang bertujuan menseimbangkan keperluan mewujudkan momentum serta melengkapkan usaha itu menerusi pelancaran fasa pertama NETR.
"Bagi kami, adalah penting untuk menarik perhatian terhadap matlamat tenaga Malaysia. Dalam sebulan lagi, kita akan melancarkan bahagian kedua NETR yang akan meliputi jenis dasar serta ekosistem bagi menyokongnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023

Rafizi menyampaikan ucaptama pada majlis pelancaran Fasa 1 Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) di Kuala Lumpur, 27 Julai 2023. - Foto Astor AWANI/SHAHIR OMAR
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kerajaan tumpu perumahan berskala besar bagi projek solar bumbung - Rafizi
Aspek birokrasi menyebabkan proses itu memakan masa biarpun terdapat permintaan daripada pembeli perumahan hartanah pertengahan dan mewah.