KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan bertolak ansur atau membenarkan sistem beraja diperolok dan diganggu-gugat atas nama kebebasan di negara ini, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lantaran itu, beliau berkata kerajaan pastinya akan mempertahankan sistem beraja dengan memastikan tindakan yang setimpal diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba mengancam institusi itu dan keluhuran Perlembagaan.
"Sesuai dengan bidalan Melayu bahawa, 'Biar patah dayung di tangan, dengan jari ku kayuh jua'.
"Raja laksana pohon dan tentunya institusi ini mesti tersemat dipelihara dengan baik," katanya ketika merafak sembah ucapan tahniah pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara di sini hari ini.
Istiadat berkenaan berlangsung bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sementara itu, Anwar berkata Kerajaan Perpaduan yang lahir daripada cetusan kebijaksanaan Seri Paduka, telah berjaya mempertaut kesatuan dan permuafakatan sekali gus mewujudkan kestabilan dalam politik negara.
Beliau berkata ia memberi ruang ke arah pertumbuhan ekonomi negara; keyakinan pelabur domestik dan luar negara; mengatur tatakelola pemerintahan yang mampan dan wajar menjamin kesejahteraan serta keselesaan rakyat.
Justeru, Anwar berkata Kerajaan Perpaduan beriltizam untuk berusaha dengan tekun memacu pertumbuhan dan mempertahankan keadilan dan nilai murni manusiawi dengan berbekalkan tekad serta semangat 'Membangun Malaysia MADANI'.
Perdana Menteri dalam ucapannya bagi mewakili Jemaah Menteri dan rakyat itu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka.
"Rakyat sekalian berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Raja Permaisuri Agong (Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah) serta kerabat sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya, kekal karar di singgahsana pemerintahan juga beroleh 'afiah dan penuh kedaulatan," katanya.
Bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi itu, seramai 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023
Anwar berkata kerajaan pastinya akan mempertahankan sistem beraja dengan memastikan tindakan yang setimpal diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba mengancam institusi itu dan keluhuran Perlembagaan. - Gambar/ Bernama
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Permaisuri Agong rai anak yatim sempena Hari Keputeraan
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan meraikan 360 anak yatim sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.