Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said berkata tidak timbul isu sekatan terhadap komunikasi dan internet pada perhimpunan Bersih 4.0 yang dijangka diadakan pada 29 Ogos ini.
Bagaimanapun, pihaknya akan memantau rapi laman web dan blog berhubung perhimpunan itu nanti.
"Di pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), kami akan memantau blog-blog dan laman web yang memuat naik maklumat atau perkembangan mengenai Bersih 4.0," katanya.
Ditanya pemberita sama ada "jamming tower" atau menara sekatan gelombang komunikasi akan diletakkan untuk menyekat isyarat telefon serta data internet semasa perhimpunan itu, katanya isu itu tidak berbangkit.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap tidak ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku semasa perhimpunan Bersih 4.0 yang dijadual berlangsung pada 29 dan 30 September ini.
Tambah Khairy, beliau juga tidak mahu mana-mana pihak terutama golongan muda melanggar undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa.
"Saya harap bahawa tidak ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku ... untuk pasukan keselamatan dapat menjalankan tugas mereka bagi menjaga keamanan Kuala Lumpur pada dua hari berkenaan.
"Saya harap bahawa tidak ada mana-mana pihak terutamanya orang muda yang akan melanggar apa sahaja undang-undang ataupun ketetapan yang telah pun diletakkan oleh polis dan juga DBKL (Dewan Bandara Kuala Lumpur)," jelas Khairy pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara XMT Technologies dengan 3Roam dan Damm Cellular Systems di sini, hari ini.
Polis pada Selasa mengkategorikan Bersih 4.0 sebagai perhimpunan haram susulan kegagalan pihak penganjur memperoleh kebenaran daripada pemilik premis untuk tujuan menggunakan lokasi bagi perhimpunan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
DBKL turut menolak permohonan penganjur untuk menggunakan Dataran Merdeka dan Padang Merbok kerana lokasi itu sedang digunakan bagi persiapan sambutan Hari Merdeka.
DBKL mencadangkan agar perhimpunan Bersih 4.0 diadakan pada hujung minggu selepas sambutan hari kemerdekaan.
Tan Su Lin, Harits Asyraf Hasnan
Tue Aug 25 2015

Isu penyekatan 'jamming tower' atau menara sekatan gelombang komunikasi akan diletakkan untuk menyekat isyarat telefon serta data internet semasa perhimpunan Bersih 4.0, tidak berbangkit. - Gambar Fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Bersih 4.0: Mahkamah tetapkan 19 Feb untuk keputusan semakan kehakiman
Terdahulu, dalam hujahannya, peguam Edmund Bon yang mewakili Maria memberitahu tiada bukti bahawa baju kuning Bersih 4.0 mampu mengancam ketenteraman awam atau keselamatan negara.

Bersih 4.0: Maria Chin didakwa
Penganjur Perhimpunan Bersih 4.0 Maria Chin Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan gagal memberi notis pemberitahuan kepada polis berhubung perhimpunan itu.

Sambutan Ambang Merdeka dipindahkan ke Bukit Jalil
Sambutan Ambang Merdeka yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dataran Merdeka dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil.

Bersih 4: Tiada tangkapan, keadaan terkawal - Ketua Polis KL
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, setakat jam 6 petang tiada sebarang insiden berlaku dan tiada penangkapan dilakukan pihaknya.

Tindakan kerajaan melarang pakai baju 'Bersih 4' melucukan - Maria Chin
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata tindakan Kementerian Dalam Negeri itu menunjukkan betapa terdesaknya kerajaan.

Bersih 4.0 bakal mengundang kemarahan warga kota - Shahrizat
Wanita UMNO bimbang perhimpunan Bersih 4.0 bakal mengundang kemarahan warga kota menjelang sambutan hari kemerdekaan.

Bersih 4.0: 'Ketua Pemuda MCA, tarik balik pendirian kamu' - Azwan Bro
Chong Sin Woon diberi kata dua untuk menarik semula kenyataan untuk tidak akan mengambil tindakan kepada mana-mana ahli parti itu yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0.

Salleh ulangi gesaan supaya SKMM pantau laman web
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengulangi gesaan supaya SKMM memantau semua laman web yang menyiarkan laporan berita yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Kumpulan Anti Bersih 4.0 batal hasrat berhimpun Sabtu ini
Kumpulan Anti Bersih 4.0 telah membatalkan hasrat untuk berhimpun di sekitar Plaza Low Yat di Jalan Bukit Bintang pada jam 9 pagi Sabtu ini sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Tiada arahan sekat isyarat komunikasi - Salleh Said
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak pernah mengeluarkan arahan kepada syarikat telekomunikasi agar menyekat isyarat komunikasi di kawasan sekitar perhimpunan Bersih 4.0.