KOTA BHARU: Kerajaan akan terus memberi perhatian kepada usaha mengatasi kadar kemiskinan di Kelantan melalui pelbagai inisiatif, termasuk menyediakan peruntukan RM124 juta khusus kepada 590,000 penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata selain itu kaedah menangani miskin tegar dengan kaedah baharu secara holistik melibatkan semua kementerian, agensi, swasta, universiti, badan bukan kerajaan dan pemimpin tempatan sedang dilaksanakan kerajaan.
Katanya di Kelantan, bagi memastikan ekonomi negeri digerakkan sepenuhnya, Tok Bali disasarkan menjadi pusat pertumbuhan baharu dalam menyumbang ke arah mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM2.3 bilion, dan dijangka menjana 4,200 peluang pekerjaan baharu di samping 270 peluang keusahawanan.
"Tok Bali disasarkan menjadi pusat pertumbuhan baharu menerusi insentif cukai khas serta projek berimpak tinggi yang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) iaitu Taman Industri Tok Bali (TBIP), Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP) dan infrastruktur luaran bagi pelabuhan Tok Bali," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata kerajaan juga akan membina sebuah kompleks digital pelbagai guna berkonsepkan hiburan sukan, melibatkan kos RM6 juta, di kawasan seluas 23 hektar di Ketereh.
Sementara itu menurut Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM2.6 bilion melibatkan 88 projek merangkumi 64 projek sambungan dan 24 projek baharu di Kelantan.
"Pakej Central Spine Road (CSR) sepanjang 191 kilometer (km) dengan kos RM7.7 bilion antara Gua Musang hingga Kuala Krai yang dijangka siap pada tahun 2026, akan memudahkan perjalanan rakyat serta meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat," katanya.
Ismail Sabri berkata Kelantan juga akan memperoleh manfaat daripada Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan menghubungkan Kota Bharu ke Pelabuhan Klang, yang mempunyai dua stesen iaitu stesen penumpang dan kargo di Pasir Puteh dan stesen penumpang di Tunjong, Kota Bharu.
Selain itu, projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang dijangka siap pada 2025 mampu menampung kapasiti penumpang daripada 1.5 juta kepada empat juta setahun, manakala pembinaan Jambatan Palekbang di Tumpat yang dijangka siap pada 2025 akan menjadi pemangkin kepada pembangunan baharu di negeri itu.
"Dalam bidang kesihatan pula, sebanyak 12 projek pembinaan klinik kesihatan serta kuarters dijangka siap dibina pada tahun ini, manakala dua lagi projek dalam pembinaan iaitu di Gua Musang dan hospital Bachok yang merangkumi 76 buah katil, dijangka siap tahun hadapan," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa mendengar dan menyelami keluhan Keluarga Malaysia tentang kenaikan harga barang khususnya membabitkan bahan makanan dengan RM1.1 bilion dibelanjakan untuk subsidi ayam dan telur serta RM4 bilion untuk minyak masak paket.
Beliau berkata di sebalik ketidaktentuan ekonomi global dan krisis geopolitik serta perubahan iklim dunia yang memberi kesan dan cabaran kepada kos sara hidup Keluarga Malaysia, hasil usaha berterusan kerajaan menangani isu itu dengan memberikan subsidi berjumlah RM77 bilion meletakkan negara pada kadar inflasi terendah di Asia Tenggara.
"Kerajaan juga telah memberikan bantuan tunai tambahan berjumlah sehingga RM500 kepada golongan B40 dan sebahagian daripada golongan M40 (menerusi BKM). BKM merupakan bantuan tunai tertinggi dalam sejarah negara, dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion," katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata untuk menghapuskan miskin tegar pada tahun 2025, kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri sedang menyelaraskan Program Pembasmian Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022

Perdana Menteri tiba bagi merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini. - Foto BERNAMA
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus
Terdapat beberapa cabaran utama dalam mencapai sasaran SDG antaranya aspek tadbir urus dan kadar kebergantungan yang tinggi kepada kerajaan.

Pendekatan noktah kemiskinan tegar tanpa diskriminasi - PM Anwar
Walaupun majoriti penduduk miskin merupakan masyarakat Melayu dan Bumiputera, namun semua kaum, termasuk Cina dan India yang terkesan, akan mendapat bantuan.

Usaha kerajaan menoktahkan miskin tegar tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Perkara berkenaan dikemukakan oleh Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) kepada Perdana Menteri.

Sindrom kebergantungan golongan rentan perlu ditangani - PM
Masalah kemiskinan tegar di negara ini hanya boleh diselesaikan dengan memerdekakan golongan rentan.

Gaza menderita kemiskinan melampau, kebuluran ketika Israel teruskan serangan genosid - Bank Dunia
Ekonomi Gaza telah runtuh dan penduduknya sedang menghadapi kemiskinan melampau serta kebuluran di tengah-tengah serangan Israel.

COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.

Basmi kemiskinan: Umat Islam perlu guna pendekatan lebih meluas, selaras - Sultan Nazrin
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah umat Islam perlu menggunakan pendekatan dalam skala yang lebih luas dan selaras, dalam usaha membasmi kemiskinan multidimensi tegar yang sedang melanda dunia.

Kajian UNICEF: Pendapatan isi rumah melonjak, kemiskinan masih ketara
Kemiskinan kekal tinggi pada 41 peratus pada Okt 2023, walaupun mencatat penurunan berbanding awal 2021.

Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.

Tiada dokumen pengenalan diri, halangan anak jalanan 'terbang' tinggi
Apakah usaha yang dilakukan kerajaan untuk komuniti minoriti ini mencipta kejayaan belum memadai?