KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti untuk menutup kelompangan (lacuna) yang wujud dalam Akta atau Enakmen Tatacara Jenayah Syariah bagi memastikan ia sesuai dengan perkembangan semasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata ia juga bagi memastikan undang-undang syariah tidak dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab terutama jenayah yang dilakukan secara dalam talian sekali gus menjadikan penguatkuasaan dan pendakwaan lebih efisien.
"Akta atau Enakmen Tatacara Jenayah Syariah ini menentukan bagaimana siasatan itu boleh dilakukan. Sebagai contoh Ajaran Sihulk, kalau secara fizikal dia mengajar ajaran sesat itu di Gombak, jadi pendakwaan itu dilakukan di Mahkamah Syariah Gombak di tempat kesalahan itu dilakukan tapi kalau ia berlaku secara dalam talian di media sosial, di mana nak menentukan bagaimana kesalahan itu dilakukan.
"Inilah yang perlu dibincangkan dan sekiranya lacuna ada dalam akta atau enakmen Tatacara Jenayah Syariah maka akta atau enakmen itu perlu dipinda," katanya selepas merasmikan Persidangan Penguatkuasaan Isu-Isu Semasa Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata kerajaan sedang mempertimbang cadangan mewujudkan jawatan kader penasihat undang-undang di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi memperkasa bahagian penguatkuasaan undang-undang syariah bagi agensi berkenaan.
Naim berkata jawatan itu antara lain bertujuan memberikan nasihat perundangan yang sesuai dan segera bagi melancarkan tugas penguatkuasaan selain akan bertemu dengan pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membincangkan perkara tersebut.
"Di JAWI, khususnya di bahagian penguatkuasaan, kadang-kadang banyak melibatkan kes kontroversi dan memerlukan pandangan daripada AGC, jadi sekarang JAWI tiada lagi (penasihat undang-undang) jadi terpaksa dapatkan pandangan tersebut daripada penasihat undang-undang yang ada di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu agensi lain, atau daripada AGC.
"... jadi tempoh nak dapatkan jawapan itu memakan masa sedangkan dia perlukan jawapan segera. Dalam konteks itu, JAWI berharap jawatan itu boleh diwujudkan supaya sekiranya ada isu timbul dia boleh terus beri nasihat kepada JAWI dan JAWI boleh bertindak berdasarkan pandangan tersebut," katanya.
Naim berkata beliau turut menyasarkan supaya jawatan itu dapat diwujudkan pada tahun hadapan.
Mengenai isu melibatkan replika senjata mainan di sebuah sekolah yang tular dipercayai semasa Minggu Solidariti Palestin, beliau berkata pihak sekolah perlu memainkan peranan dengan mengawal perkara itu supaya ia tidak disalah anggap dan seterusnya membawa sentimen yang tidak sepatutnya.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya sedang menunggu laporan penuh berhubung isu itu dan mengarahkan supaya satu siasatan menyeluruh dijalankan mengenai perkara tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
![Kerajaan teliti tutup kelompangan undang-undang jenayah syariah Kerajaan teliti tutup kelompangan undang-undang jenayah syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695880684_tbMohdNaimMokhtar.jpg)
Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata ia juga bagi memastikan undang-undang syariah tidak dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab. - Gambar fail
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
![Kes Nik Elin: Semua pihak diseru akur kepada titah Sultan Selangor Kes Nik Elin: Semua pihak diseru akur kepada titah Sultan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706011048_MohdNaimMokhtar.jpg)
Kes Nik Elin: Semua pihak diseru akur kepada titah Sultan Selangor
Semua pihak diseru akur kepada titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin.
![Kerajaan teliti tutup kelompangan undang-undang jenayah syariah Kerajaan teliti tutup kelompangan undang-undang jenayah syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695880684_tbMohdNaimMokhtar.jpg)
Kerajaan teliti tutup kelompangan undang-undang jenayah syariah
Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata ia juga bagi memastikan undang-undang syariah tidak dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
![20 lelaki berpakaian wanita ditahan di premis hiburan 20 lelaki berpakaian wanita ditahan di premis hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41667117576_JAWIPDRM.jpg)
20 lelaki berpakaian wanita ditahan di premis hiburan
Kesemua mereka yang berusia lingkungan 22 hingga 34 tahun itu dilepaskan dengan bon jaminan setelah siasatan selesai.
![Tanpa saksi, tuduhan liwat adalah qazaf - Mufti Wilayah Tanpa saksi, tuduhan liwat adalah qazaf - Mufti Wilayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81527485913_Mufti.jpg)
Tanpa saksi, tuduhan liwat adalah qazaf - Mufti Wilayah
Dalam Islam, katanya kaedah yang digunakan ialah bukti perlu dikemukakan oleh orang yang mendakwa atau menuduh, manakala orang yang dituduh boleh bersumpah terhadap kebenaran tuduhan tersebut.
![Enakmen jenayah syariah Terengganu hanya dilaksana jika semua setuju - MB Enakmen jenayah syariah Terengganu hanya dilaksana jika semua setuju - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/41499952748_MenteriBesarAhmad.jpg)
Enakmen jenayah syariah Terengganu hanya dilaksana jika semua setuju - MB
Terengganu hanya akan mengikuti jejak langkah Kelantan menambah baik enakmen berkaitan jenayah syariahnya jika mendapat persetujuan semua pihak, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
![MCA bantah apa jua RUU berkaitan hudud di Malaysia - Liow MCA bantah apa jua RUU berkaitan hudud di Malaysia - Liow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81462544585_950x600.jpg)
MCA bantah apa jua RUU berkaitan hudud di Malaysia - Liow
MCA hari ini mengulangi pendirian untuk membantah mana-mana rang undang-undang bagi pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.
![PAS akan kemuka lagi RUU hudud jika gagal dibahas di Parlimen hari ini - Nik Abduh PAS akan kemuka lagi RUU hudud jika gagal dibahas di Parlimen hari ini - Nik Abduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51457341077_NIKMOHDABDUH.jpg)
PAS akan kemuka lagi RUU hudud jika gagal dibahas di Parlimen hari ini - Nik Abduh
PAS akan mencuba untuk mencadangkan RUU Ahli Persendirian Akta 355 mengenai Hudud sekali lagi, sekiranya ia gagal untuk dibahaskan di Parlimen hari ini.
![RUU Persendirian Syariah tidak akan dibentang pada sesi ini - Shahidan RUU Persendirian Syariah tidak akan dibentang pada sesi ini - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/61427110211_295x200.jpg)
RUU Persendirian Syariah tidak akan dibentang pada sesi ini - Shahidan
Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah (Pindaan) 2015 tidak akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
![Hudud: Kesediaan mental penting sebelum ia dilaksanakan Hudud: Kesediaan mental penting sebelum ia dilaksanakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/41384602580_295x200.jpg)
Hudud: Kesediaan mental penting sebelum ia dilaksanakan
Pensyarah Undang-Undang dan Perlembagaan UIA, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz menyarankan umat Islam supaya tidak perlu takut pada hukum hudud.
![PAS: Dilema antara sokongan sekutu dan perjuangan hudud PAS: Dilema antara sokongan sekutu dan perjuangan hudud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41367078058_295x200.jpg)
PAS: Dilema antara sokongan sekutu dan perjuangan hudud
Pemerhati politik menjangkakan bahawa pembentangan pindaan hukum hudud itu pada sidang DUN Kelantan kali ini akan diluluskan dengan mudah.