PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan penelitian lanjut berhubung dua sistem pengurusan pekerja asing yang didakwa mengalami pertindihan fungsi seperti didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Rabu lepas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memantau dan meneliti dapatan yang didedahkan PAC mengenai dua sistem pengurusan pekerja asing.
"Apa sahaja penemuan termasuk oleh PAC menjadi kewajipan kita untuk perbaiki amalan sekarang. Kami akan ikhtiar sedaya upaya tambah baik," katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Larian Hari Polis di sini hari ini.
Sebelum ini, PAC mendedahkan berlakunya pertindihan fungsi antara agensi dalam membangunkan sistem pengurusan pekerja asing dan ia dilihat membazirkan wang awam.
Ia melibatkan Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan KDN.
Menurut PAC, sistem FWCMS didapati telah digunakan selama lebih kurang enam tahun tanpa kontrak yang dimuktamadkan dan ia jelas melanggar peraturan ditetapkan kerajaan.
Selain itu, PAC turut mendapati wujudnya kelemahan dalam pengurusan kawalan 'Pengenala' (ID) dalam sistem FWCMS apabila terdapat dua ID yang dipegang oleh bukan pegawai KESUMA, manakala terdapat 24 'pengguna yang tidak dibenarkan' telah meluluskan 24 permohonan majikan.
Pengerusi PAC Parlimen Datuk Mas Ermieyati Samsudin dilapor berkata kes berkenaan telah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar satu siasatan dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024
Saifuddin bercakap pada sidang media semasa hadir ke Larian Hari Polis 'Community Safety Run' sempena Peringatan Hari Polis ke-217 di Dataran Putrajaya hari ini.- Foto Bernama
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Kerajaan teliti pertindihan dalam dua sistem pengurusan pekerja asing - Saifuddin
Kerajaan akan melaksanakan penelitian lanjut berhubung dua sistem pengurusan pekerja asing yang didakwa mengalami pertindihan fungsi.
Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing diguna lebih enam tahun tanpa kontrak – PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengenal pasti berlaku pertindihan fungsi antara agensi dalam membangunkan sistem pengurusan pekerja asing dan pembaziran wang awam.
SPRM tahan eksekutif wanita terima rasuah RM45,000
Seorang eksekutif di syarikat yang membekalkan sistem pengurusan pekerja asing ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM45,000.