PUTRAJAYA: Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk mewujudkan kerangka kawal selia teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengatasi masalah etika penggunaan berkaitan teknologi berkenaan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Bercakap pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada program Public Sector Day Malaysia di sini hari ini, Fahmi berkata pewujudan kerangka itu akan membantu kerajaan memahami beberapa cabaran penggunaan AI memandangkan ia merupakan satu teknologi baharu.
"Ini perkara (teknologi) baharu dan kita perlu kumpulan tenaga pakar daripada agensi kerajaan serta industri untuk memahami beberapa cabaran .... AI mungkin akan bawa kesan kepada sektor pekerjaan.
"Ketika ini, ramai sudah mula guna aplikasi AI, ada kewajaran bagi pihak kerajaan untuk meneliti keperluan mewujudkan suatu kerangka kawal selia," katanya.
AI ialah teknologi yang meniru kepintaran otak manusia dengan kemampuan untuk belajar memperbaiki mutu kerjanya dari semasa ke semasa sehingga dapat berfungsi lebih cekap dan sempurna bagi melaksanakan sesuatu tugasan.
Bagi meningkatkan pemahaman rakyat terhadap AI, Fahmi mencadangkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mewujudkan program khas dengan mengundang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai tetamu untuk mengulas mengenai AI dalam bahasa Melayu.
"Sejajar dengan perkembangan sektor teknologi, saya harap RTM boleh berbincang dengan DBP. Usaha ini boleh bantu untuk memperbanyak kosa kata berkaitan teknologi dalam bahasa Melayu .... Bila ada banyak kosa kata (mengenai teknologi) dalam bahasa Melayu, ia akan mudah difahami," katanya.
Fahmi berkata perkembangan bahasa perlu selaras dengan kemajuan teknologi bagi memastikan setiap teknologi baharu mudah difahami segenap lapisan masyarakat.
Terdahulu, dalam ucaptamanya Fahmi berkata Malaysia memerlukan lebih ramai bakat dan pakar dalam data dan teknologi kerana negara ini semakin menghampiri dekad digital keemasan dan menjadi harimau digital Asia.
"Banyak peluang untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat dengan menerima pendigitalan kerana Malaysia berusaha untuk menjadi negara yang mengutamakan digital dan memulakan dekad digital yang makmur," katanya.
Berhubung Inisiatif MyDigital, Fahmi berkata inisiatif yang dilancarkan pada Februari 2021 itu telah mencapai kemajuan ketara ke arah matlamatnya mengubah Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang didayakan secara digital dan berteknologi tinggi, serta sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital.
Beliau berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pusat pelaburan data yang mampan dan berdaya tahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada Hari Sektor Awam Malaysia 2023 hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [7/11/2024] – Di parkir hotel | Tuntutan Sulu | Kos RM320 juta
Tumpuan AWANI Borneo 8 Nov 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
HPTN hargai peranan profesion teknikal, fokus generasi muda penggerak ekonomi
HPTN menekankan pembangunan modal insan yang dinamik dan komprehensif, dengan sokongan KKR dan agensi untuk memperkasakan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
iOS 18 jadikan sistem sekuriti iPhone semakin sukar ditembusi pihak berkuasa
Peranti dalam mod AFU diperlukan bagi memudahkan sistem memintas sekuriti seperti Celebrite boleh digunakan bagi menyahkunci dan kemudiannya membaca kandungan telefon yang sedang disiasat.
Notepad pada Windows 11 bakal terima ciri bantuan menulis dengan AI
Rewrite pada Notepad terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat, Perancis, UK, Kanada, Itali, dan Jerman yang menggunakan Windows 11 Insider.
Amazon tangguh pengenalan Alexa dikuasakan AI ke 2025
Amazon menangguhkan pengenalan Alexa AI ke tahun 2025 kerana menghadapi beberapa cabaran pembangunan.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Polis Perlis berjaya selesai 262 kes jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Oktober
Polis Perlis berjaya menyelesaikan 262 kes jenayah indeks daripada 290 kes yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Oktober, kata Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.
ASEAN diseru tingkatkan kemahiran tenaga kerja, reformasi pasaran buruh
ASEAN mesti menumpukan usaha untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja, menambah baik peraturan pasaran buruh, dan memupuk pertumbuhan ekonomi inklusif bagi mengharungi cabaran kritikal.
CEO SoftBank jangka AI 10,000 kali ganda lebih pintar menjelang 2035
Walau bagaimanapun, bagi mencapai tahap berkenaan, dijangka memerlukan pelaburan beratus bilion ringgit untuk pembangunannya.
xAI dilapor sedang raih dana mencapai AS$40 bilion
xAI Dilaporkan Sedang Meraih Dana Pada Nilai Mencapai $40 Bilion Firma Kecerdasan Buatan Milik Elon Musk
OpenAI dilapor bekerjasama dengan Broadcom, TSMC untuk cip AI
OpenAI Dilaporkan Bekerjasama Dengan Broadcom Dan TSMC Untuk Cip AI