BATANG KALI: Kerajaan menawarkan 4,000 Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) secara percuma kepada golongan B40 mengikut syarat-syarat yang ditetapkan menerusi program MyPSV, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,500 adalah untuk pemohon lesen PSV e-hailing dan teksi manakala 500 lagi ditawarkan untuk lesen PSV bas di seluruh negara melibatkan peruntukan RM2 juta.
Loke berkata selain membantu golongan B40 yang perlu menanggung kos RM2,590 untuk mendapatkan lesen PSV bas, inisiatif berkenaan adalah bagi memenuhi keperluan industri yang mengalami kekurangan pemandu bas pada tahap kronik.
"Negara memerlukan ribuan pemandu bas bukan sahaja Prasarana, malah juga syarikat bas ekspres dan bas henti-henti di seluruh negara.
"Saya difahamkan oleh beberapa syarikat bas ekspres bahawa memang mereka mengalami kekurangan pemandu dan kita tahu bahawa antara faktor yang tidak menjadi tarikan kepada orang ramai untuk menjadi pemandu bas adalah kerana gaji rendah," katanya selepas melancarkan Program MyPSV Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di sini hari ini.
Loke berkata inisiatif itu ialah tanggungjawab dan komitmen kerajaan untuk membuka peluang dan ruang kepada masyarakat bagi mempertingkatkan taraf sosioekonomi serta pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan perkhidmatan awam.
"Selain itu, program ini secara langsung akan menyokong dan menambah baik kelangsungan sektor pengangkutan awam dan pelancongan di negara ini," katanya.
Beliau berkata program MyPSV ini dapat melahirkan pemandu bas, teksi dan e-hailing yang kompeten dan selamat kerana mereka akan menjalani latihan dan ujian untuk memastikan kompetensi sebelum diberi Lesen Vokasional PSV dan dibenarkan membawa kenderaan perkhidmatan awam.
Sehubungan itu, Loke berkata calon-calon di bawah Program MyPSV bas perlu menduduki Kursus Teori Vokasional, Latihan dan Ujian Praktikal (merangkumi litar dan jalan raya) setara dengan ketetapan sedia ada manakala calon-calon di bawah Program MyPSV E-Hailing hanya perlu menduduki Kursus Teori E-Hailing.
"Penetapan kesemua modul kursus ujian dan latihan yang dihasilkan adalah betul-betul kompeten dan menjamin keselamatan pengguna jalan raya," katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas insiden kekecohan melibatkan seorang menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, Loke secara ringkas berkata proses kemasukan pelancong asing khususnya di KLIA akan ditambah baik kerana ia melibatkan isu keselamatan.
Beliau berkata perkara ini kerana kerajaan pada masa sama turut mahu menjadikan Malaysia sebuah negara yang mesra pelancong.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
![Kerajaan tawar 4,000 lesen PSV secara percuma kepada golongan B40 Kerajaan tawar 4,000 lesen PSV secara percuma kepada golongan B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688370086_AnthonyLoke.jpg)
Anthony (dua, kiri) menyampaikan replika Lesen PSV kepada pemandu Muhammad Taufiq Zahari (dua, kanan) yang menerima lesen PSV pada Majlis Pelancaran Program MyPSV Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di sini pada Isnin. - Foto BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Kerajaan tawar 4,000 lesen PSV secara percuma kepada golongan B40 Kerajaan tawar 4,000 lesen PSV secara percuma kepada golongan B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688370086_AnthonyLoke.jpg)
Kerajaan tawar 4,000 lesen PSV secara percuma kepada golongan B40
Kerajaan menawarkan 4,000 Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) secara percuma kepada golongan B40.
![E-hailing: Ujian teori Lesen Vokasional PSV, GDL dimansuhkan E-hailing: Ujian teori Lesen Vokasional PSV, GDL dimansuhkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681102733_GRAB.jpg)
E-hailing: Ujian teori Lesen Vokasional PSV, GDL dimansuhkan
Ujian teori bagi pengambilan Lesen Vokasional untuk kategori Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) dimansuhkan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
![Lesen PSV pemandu e-hailing: Sambutan masih kurang Lesen PSV pemandu e-hailing: Sambutan masih kurang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41496813013_grab.jpg)
Lesen PSV pemandu e-hailing: Sambutan masih kurang
Kerajaan mengalakkan pemandu e-hailing mendapatkan lesen PSV sebelum tarikh penguatkuasaannya 12 Julai ini.
![Pemandu e-hailing Perak minta kerajaan selaraskan kadar bayaran lesen PSV Pemandu e-hailing Perak minta kerajaan selaraskan kadar bayaran lesen PSV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41546597500_PemanduWanita.jpg)
Pemandu e-hailing Perak minta kerajaan selaraskan kadar bayaran lesen PSV
Kebanyakan pemandu di negeri ini mempersoalkan harga lesen PSV dan insurans yang dikenakan ke atas mereka berbeza.