Kerajaan dijangka menanggung peningkatan subsidi haji hampir RM60 juta untuk musim haji tahun in susulan kenaikan kos mengerjakan ibadah itu, kata Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Beliau berkata tahun lalu, jumlah subsidi haji yang ditanggung adalah sekitar RM180 juta bagi memastikan bayaran haji bagi setiap jemaah Malaysia kekal pada RM9,980.
"Tahun ini ada peningkatan iaitu daripada RM180 juta kepada lebih RM230 juta, penambahan mendadak hampir RM60 juta. Jumlah inilah yang ditanggung oleh kerajaan yang memberi subsidi RM9,750 kepada setiap jemaah.
"Setakat ini (ada) lebih 30,000 jemaah haji Malaysia dan angka ini dijangka mencecah 40,000 sekiranya kita mendapat kuota tambahan pada saat akhir," katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih Ramadan 2017 bersama TH, di sini hari ini.
Pada program itu, 1,500 penduduk di kawasan Parlimen Bukit Katil menerima sumbangan wang tunai RM200 seorang sebagai bantuan menyambut Aidilfitri daripada Yayasan TH dan UMNO yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil Tan Sri Mohd Ali Rustam.
Mengulas lanjut, Abdul Azeez berkata peningkatan subsidi haji yang ditanggung kerajaan itu jelas membuktikan tuduhan sesetengah pihak bahawa kerajaan dan TH muflis adalah tidak berasas dan berniat jahat.
"Jika kerajaan nak bankrap, TH nak bankrap... mana mungkin kita boleh menampung peningkatan subsidi ini. Jangan pedulikan ini semua fitnah yang hendak menjatuhkan kerajaan dan TH kerana kira-kira 9.3 juta pendeposit TH adalah orang Islam.
"Jadi salah satu cara mereka ingin menjatuhkan kita adalah dengan cara memfitnah TH. Rakyat jangan mudah terpedaya (dengan fitnah) yang semata-mata untuk kepentingan politik individu tertentu," katanya.
Sementara itu, beliau berkata Yayasan TH memperuntukkan RM300,000 untuk diagih kepada 131,000 rakyat di 67 kawasan parlimen di seluruh negara sebagai bantuan menyambut Aidilfitri.
Beliau berkata sumbangan akan disalurkan secara berperingkat kepada umat Islam tanpa mengira fahaman politik seiring dengan program Jom Bantu Rakyat yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2017
Abdul Azeez berkata, setakat ini terdapat lebih 30,000 jemaah haji Malaysia dan angka ini dijangka mencecah 40,000 sekiranya kita mendapat kuota tambahan pada saat akhir. - Gambar hiasan
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.
Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.
Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.
Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.
Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.