Pelaksanaan Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk nelayan yang menggaji pekerja asing ditangguhkan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata nelayan yang menggunakan khidmat pekerja asing itu akan terus menggunakan sistem lama atau Pas Pelaut yang hanya perlu disahkan Jabatan Perikanan selain negara asal nelayan asing berkenaan.
Penangguhan sistem PLKS itu dibuat atas keprihatinan kerajaan setelah mempertimbangkan rayuan pelbagai pihak termasuk pengusaha nelayan laut dalam yang berdepan masalah mendapatkan pekerja, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berjumlah lebih RM300,000 kepada 1,261 nelayan kawasan Hilir Perak di Dewan Serbaguna Hutan Melintang di sini petang ini.
Dalam majlis itu, Datuk Seri Ahmad Zahid turut menyampaikan replika cek bantuan kerajaan persekutuan bernilai RM11.3 juta kepada Persatuan Nelayan Bagan Datuk
Jelas Datuk Seri Ahmad Zahid, pihaknya menyedari masalah yang dihadapi para nelayan pada masa kini termasuk tangkapan yang semakin berkurangan termasuk penguatkuasaan undang-undang di laut oleh pihak berwajib.
"Penangguhan ini dilakukan rentetan daripada memorandum yang dihantar oleh Persatuan Nelayan Kebangsaan (PNK) yang meminta (pelaksanaan) permit pekerja asing baharu ditangguhkan dan sistem lama diguna pakai.
Pelaksanaan PLKS sepatutnya dikuatkuasakan 1 Mac ini bagi awak-awak asing dengan mereka akan dikenakan bayaran RM1,505 tidak termasuk levi, insurans dan perubatan.
Jelas Datuk Seri Ahmad Zahid, pihaknya telah bertemu dengan Menteri serta Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Pengarah Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) bagi membincangkan penangguhan berkenaan.
Datuk Seri Ahmad Zahid juga berharap dengan penangguhan yang dibuat dan pelbagai insentif diberikan kepada nelayan, diharapkan masalah kenaikan harga ikan dapat ditangani demi kepentingan rakyat.
"Nelayan telah dapat subsidi minyak, bantuan sara hidup, insentif tangkapan ikan tetapi harga ikan kembung RM20 sekilogram. Ertinya harga ikan mahal," katanya.
Oleh itu, katanya, para nelayan di seluruh negara perlu bekerjasama supaya harga ikan dapat diturunkan untuk membantu pengguna keseluruhan supaya mereka dapat nilai tambah (dari segi keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem PLKS) selain memperoleh protein daripada pengambilan ikan. -- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2017

Datuk Seri Ahmad Zahid (tiga, kiri) menyampaikan replika cek bantuan Kerajaan Persekutuan kepada nelayan Bagan Datuk. -Bernama

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan - Ahmad Zahid
T20 purata guna RM399 sebulan bagi petrol RON95 - Ahmad Zahid

UMNO pertimbang tarik diri daripada menyokong PN
Hubungan tegang UMNO dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin tegang apabila UMNO mengumumkan untuk mempertimbangkan untuk menarik diri daripada gabungan itu.

Sabah Memilih: BN akan runding agih kerusi bersama gabungan
Rundingan mengenai pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dimuktamadkan selewat-lewatnya seminggu sebelum hari penamaan calon.

Kami alu-alukan bertanding di Bagan Datuk dan Pekan - TPM Zahid
Ahmad Zahid mengulas berhubung cadangan bagi Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai lokasi bertanding PRU14 akan datang.

Kerajaan tangguh pelaksanaan PLKS, guna pakai sistem lama - TPM Zahid
Nelayan yang menggunakan khidmat pekerja asing itu akan terus menggunakan sistem lama atau Pas Pelaut yang hanya perlu disahkan Jabatan Perikanan selain negara asal nelayan asing berkenaan.

Tajol Rosli beri saya 'nyawa' dalam politik - TPM Zahid
Beliau berkata selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, dirinya dianggap seperti 'kiambang' dan 'dibenci' beberapa pemimpin UMNO.

Malaysia mahu lebih banyak langkah konkrit untuk realisasikan RCEP
Ia menawarkan peluang luas dan pelbagai kemungkinan bagi Asia dan Eropah untuk membawa kerjasama dan perkongsian ekonomi ke tahap lebih tinggi.

Semoga taubat Nizar Jamaluddin diterima Allah - Zahid Hamidi
Bagaimanapun, Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih di atas kecaman Mohammad Nizar tersebut dan pada masa sama berharap semoga taubat beliau diterima Tuhan.

PM Malaysia dipilih melalui perundangan dan demokrasi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kaedah lain itu tidak mengikuti tata etika sebagaimana termaktub dalam perlembagaan dan perundangan negara.

Isu pekerja asing: Jangan cari publisiti murahan desak Ahmad Zahid 'resign' - Armand
Presiden Ikhlas dinasihat tidak mencari publisiti murahan apabila meminta Ahmad Zahid meletakkan jawapan dalam isu kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini.