Kerajaan Malaysia akan menyiasat sebab-sebab berlaku kelewatan pembinaan bahagian laluan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah walaupun wang pembinaannya telahpun disalurkan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembinaan bahagian itu agak ketinggalan, oleh itu kerajaan akan siasat ke mana perginya wang yang banyak ini yang sepatutnya sudah menghasilkan kemajuan pembinaan yang ketara.
Beliau berkata walaupun demikian, kerajaan tetap komited untuk meneruskan pelaksanaan pembinaan lebuh raya itu sekalipun mungkin terlewat daripada sasaran awalnya.
Katanya, selain itu kerajaan juga ketika ini berhasrat untuk mencari jalan supaya laluan lebuh raya itu tidak perlu merentasi negara Brunei bagi mengelak proses berkaitan imigresen, dan untuk melancarkan perjalanan antara Sabah dan Sarawak.
"Jalan yang nak masuk (merentasi) Brunei sudah ada .... tak ada masalah, tapi kalau dapat kita nak elak supaya dapat jalan terus (tanpa melalui kawasan Brunei)," katanya dalam persidangan media di Istana Qashr Munee di sini pada Isnin, hari terakhir lawatan rasmi dua hari beliau ke Brunei.
Terdahulu, perdana menteri mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.
Merujuk kepada hubungan Brunei dan Malaysia, Dr Mahathir berkata dua negara ini memiliki banyak persamaan yang boleh membantu mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang untuk maju bersama dalam Asean.
Beliau memberi contoh dari segi bahasa di mana Malaysia, Brunei dan beberapa negara anggota Asean lain berkongsi bahasa serta budaya yang hampir sama, mewakili sebahagian besar daripada keseluruhan anggota negara-negara Asean.
Katanya, perbezaan pandangan mungkin sentiasa wujud dari semasa ke semasa namun ia tidak pernah berpanjangan, dan apa yang penting adalah negara-negara berkenaan sentiasa berusaha untuk memandang ke hadapan.
Terdahulu, dalam program syarahan umum di Universiti Brunei Darussalam, Dr Mahathir berkata dua perkara yang menjadi keutamaan Malaysia ketika ini adalah untuk menguruskan soal kewangan terutama berkaitan pengurusan hutang negara, dan soal mengenai jentera kerajaan yang "dirosakkan" oleh pentadbiran sebelum ini.
Berikutan itu, rakyat diminta agar bersabar sebelum dapat menikmati pembaharuan yang sedang diusahakan oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 03 2018
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Sultan Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah pada Majlis Santap Rasmi di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, 3 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
PM Anwar selamat tiba di tanah air selepas lawatan ke empat negara
Dalam lawatan empat negara tersebut, Anwar turut bertemu pemimpin dunia serta menyatakan komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan mampan termasuk semasa menjadi Pengerusi ASEAN 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia bersedia pimpin suara ASEAN dalam tindakan iklim di COP30
Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam usaha ASEAN menyatakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi tindakan iklim di COP30 di Brazil tahun hadapan.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.