Kerajaan bersetuju mengkaji langkah-langkah baharu bagi meringankan beban syarikat Permit Import (AP) Terbuka terutamanya berhubung sistem fi AP sebanyak RM10,000, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata cadangan mengenai langkah-langkah baharu itu akan dikemukakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk dipertimbangkan.
"Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri MITI) ada bersama-sama dan saya menantikan cadangan daripada MITI untuk dipertimbangkan," katanya semasa merasmikan Wisma Yayasan Persatuan Peniaga dan Pengimport Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), di sini, hari ini.
Najib berkata sejak sistem fi AP sebanyak RM10,000 diperkenalkan pada 2010 bagi setiap unit AP Terbuka, kerajaan telah mengutip kira-kira RM2 bilion.
Bagaimanapun, katanya, memandangkan persekitaran ekonomi ketika ini, keputusan itu telah menimbulkan tekanan kepada mereka yang terlibat terutamanya dalam perniagan AP Terbuka.
"Dalam pelaksanaannya (fi AP), telah menimbulkan tekanan khususnya dari segi aliran tunai kepada mereka yang terlibat dalam perniagaan ini," katanya.
Menurut Perdana Menteri, berdasarkan laporan dikeluarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan kenderaan dari Januari hingga November 2016 berjumlah 515,293 unit, merosot sebanyak 13.73 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya iaitu sebanyak 597,306.
Beliau berkata dasar AP Terbuka yang pada mulanya dicadang untuk ditamatkan di bawah Dasar Automotif Nasional (NAP) pada 31 Dis 2015, telah diteruskan dengan penambahbaikan dalam Dasar Baharu AP Terbuka.
Penambahbaikan itu termasuklah memberi peluang kepada syarikat baharu yang layak melibatkan diri dalam perniagaan pengimportan, pengedaran dan penjualan kereta dan motosikal terpakai.
Najib berkata dasar itu bertujuan meneruskan matlamat memperkasakan agenda ekonomi Bumiputera dan mengembangkan penglibatan mereka dalam industri automotif.
Beliau juga berharap syarikat AP Terbuka sentiasa peka dengan keadaan dan kehendak pasaran semasa dan berusaha meningkatkan keupayaan dan daya saing, mempelbagaikan aktiviti perniagaan dan tidak mengharapkan punca pendapatan daripada perniagaan kereta dan motosikal import terpakai semata-mata.
"Di sektor automotif sendiri terdapat pelbagai peluang perniagaan lain yang berpotensi untuk diceburi seperti pengedaran kereta baharu, pembuatan komponen 'pembuatan semula', penubuhan pusat kitar semula, pemeriksaan kereta dan banyak lagi," katanya.
Menurutnya, NAP meletakkan sasaran untuk meningkatkan daya saing industri automotif tempatan dan menjadikan Malaysia sebagai hab serantau bagi kenderaan cekap tenaga (EEV) yang merangkumi kenderaan hibrid dan elektrik.
Dalam pada itu, Najib turut memuji Pekema kerana berjaya memiliki wisma yayasannya sendiri bernilai lebih RM25 juta hasil sumbangan dana yang dikumpul daripada ahli-ahli Pekema.
Katanya, ia adalah lambang kejayaan usahawan Melayu Bumiputera hasil daripada Dasar AP Terbuka yang dilaksanakan kerajaan dan sememangnya harus dibanggakan. -- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2017
![Kerajaan setuju kaji langkah ringan beban syarikat AP terbuka - PM Najib Kerajaan setuju kaji langkah ringan beban syarikat AP terbuka - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/61482589041_NajibTunRazak.jpg)
PM NAJIB: Cadangan mengenai langkah-langkah baharu itu akan dikemukakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk dipertimbangkan. -Gambar fail
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720367469_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
![Dasar permit import terbuka akan wujud ekosistem automotif berdaya saing - Ahli Ekonomi Dasar permit import terbuka akan wujud ekosistem automotif berdaya saing - Ahli Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718871553_tbDrGeoffreyWillia.jpg)
Dasar permit import terbuka akan wujud ekosistem automotif berdaya saing - Ahli Ekonomi
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengalu-alukan semua syarikat bumiputera, termasuk yang tidak mempunyai pengalaman dalam perdagangan automotif, untuk memohon AP.
![Tukang masak berdepan hukuman mati, edar dan miliki dadah Tukang masak berdepan hukuman mati, edar dan miliki dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697695207_tbdadah.jpg)
Tukang masak berdepan hukuman mati, edar dan miliki dadah
Seorang tukang masak berdepan hukuman mati selepas didakwa atas dua tuduhan memiliki dan mengedar dadah.
![Pemegang AP nafi dapat 'keuntungan melampau' jual EV - Pekema Pemegang AP nafi dapat 'keuntungan melampau' jual EV - Pekema](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691150502_Pekema.jpg)
Pemegang AP nafi dapat 'keuntungan melampau' jual EV - Pekema
Katanya, margin keuntungan yang diambil pengimport berbanding harga kilang ketika menjual semula kereta tersebut di Malaysia adalah normal.
![Kastam sita 50 kenderaan mewah tiada AP bernilai RM11.4 juta Kastam sita 50 kenderaan mewah tiada AP bernilai RM11.4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649867701_TBKASTAMjpg.jpg)
Kastam sita 50 kenderaan mewah tiada AP bernilai RM11.4 juta
Sembilan daripada 50 kenderaan melibatkan motosikal berkuasa tinggi manakala selebihnya kereta mewah dari pelbagai negara.
![Pemansuhan AP langkah tepat, jamin kelangsungan bekalan makanan - Nanta Pemansuhan AP langkah tepat, jamin kelangsungan bekalan makanan - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649941959_TBNantaLinggi.jpg)
Pemansuhan AP langkah tepat, jamin kelangsungan bekalan makanan - Nanta
Beliau berkata langkah itu akan memberi kelebihan kepada pengguna apabila bekalan mudah didapati berbanding keadaan semasa.
![Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646657619_AyamHargaAyamMa.jpg)
Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).
![Mansuh AP: MPN mahu kerajaan jaga kepentingan pengusaha makanan, pertanian Mansuh AP: MPN mahu kerajaan jaga kepentingan pengusaha makanan, pertanian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650900948_TBMUHYIDDINNEW.jpg)
Mansuh AP: MPN mahu kerajaan jaga kepentingan pengusaha makanan, pertanian
MPN memohon kerajaan menjaga kepentingan para pengusaha sektor makanan dan pertanian negara agar pemansuhan keperluan AP terhadap bahan makanan nanti tidak membawa kesan negatif kepada golongan itu.
![Kontena dari Amerika Syarikat bawa sisa plastik jenis polietilena, bersih Kontena dari Amerika Syarikat bawa sisa plastik jenis polietilena, bersih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41617111353_kontena.jpg)
Kontena dari Amerika Syarikat bawa sisa plastik jenis polietilena, bersih
Kontena dari Amerika Syarikat bawa sisa plastik jenis polietilena, bersih
![60 peratus pemegang AP import daging dimiliki syarikat bumiputera - Kiandee 60 peratus pemegang AP import daging dimiliki syarikat bumiputera - Kiandee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611647555_dagingimport.jpg)
60 peratus pemegang AP import daging dimiliki syarikat bumiputera - Kiandee
Antara pemegang AP daging syarikat bumiputera ialah Ramly Food Processing Sdn Bhd dan Darabif Meat Company yang berkeupayaan mengimport daging dalam jumlah besar.
![MITI, agensi beroperasi secara jauh kecuali khidmat penting MITI, agensi beroperasi secara jauh kecuali khidmat penting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71584504674_YouthWorking.jpg)
MITI, agensi beroperasi secara jauh kecuali khidmat penting
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensi di bawah kendaliannya, akan beroperasi secara jauh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula hari ini.