PUTRAJAYA: Kerajaan bersedia menimbangkan cadangan untuk memberi peluang kepada hospital swasta untuk membeli vaksin COVID-19 terus daripada pembekal.
Namun kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, rundingan dengan pembekal vaksin itu akan mengambil masa dan menjangkakan paling awal ia boleh diperolehi adalah pada suku ketiga atau keempat tahun ini.
"Andaian apabila beri peluang hospital swasta beli vaksin, mereka akan dapat vaksin dengan cepat dan golongan yang sanggup bayar akan diberi suntikan dengan segera.
"(Namun) Jangan ingat mereka yang berada boleh bayar dan dan dapatkan vaksin pada bulan ini atau bulan depan sebab seluruh dunia berdepan dengan masalah kekurangan bekalan.
"Saya juga maklum mengenai pasaran vaksin ini. Sebagai orang yang terlibat dalam rundingan dengan syarikat-syarikat vaksin, penghantaran vaksin kepada pasaran swasta, paling awal pun mungkin dalam suku tahun ketiga atau keempat tahun ini," katanya pada sidang media mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan hospital swasta mengenai perkara itu.
Sebelum ini, persatuan yang mewakili hospital-hospital swasta di Malaysia menggesa kerajaan mengizinkan ahlinya membeli sendiri bekalan vaksin COVID-19 dan memberikannya kepada masyarakat.
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19 di sini
Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia Dr Kuljit Singh berkata, akan ada juga syarikat yang ingin membiayai vaksinasi pekerja mereka sendiri untuk lebih memastikan mereka menerima dua dos lengkap, dan penglibatan sektor swasta dapat membantu dalam hal ini.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya sudah menambah hampir 150,000 lagi petugas barisan hadapan untuk menerima dos vaksin COVID-19 pada fasa pertama program imunisasi itu.
Beliau berkata, pertambahan itu dibuat pada 10 Mac lalu, menjadikan kini seramai 647,398 petugas barisan hadapan didaftarkan untuk menerima vaksin bagi fasa pertama.
Umavathi Ramayah
Mon Mar 29 2021
![Kerajaan sedia menimbang cadangan benarkan hospital swasta beli vaksin - Khairy Kerajaan sedia menimbang cadangan benarkan hospital swasta beli vaksin - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71617000816_khairyJamaluddin.jpg)
Khairy menjelaskan rundingan dengan pembekal vaksin akan mengambil masa. - Gambar MOSTI
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Uganda lancar kempen vaksinasi besar-besaran demam kuning Uganda lancar kempen vaksinasi besar-besaran demam kuning](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686329943_genericvaksin.jpg)
Uganda lancar kempen vaksinasi besar-besaran demam kuning
Menteri Kesihatan Ruth Aceng berkata kempen itu akan diadakan di enam wilayah.
![COVID-19: Indonesia laksana semula vaksinasi hujung tahun ini COVID-19: Indonesia laksana semula vaksinasi hujung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660792602_jokowi.jpg)
COVID-19: Indonesia laksana semula vaksinasi hujung tahun ini
Sebelum pelaksanaannya, Kementerian Kesihatan akan menjalankan kajian terperinci.
![Sains tingkah laku pertahanan untuk sistem kesihatan - Khairy Sains tingkah laku pertahanan untuk sistem kesihatan - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653667802_khairyjamaluddinw.jpg)
Sains tingkah laku pertahanan untuk sistem kesihatan - Khairy
Khairy menegaskan komunikasi yang tepat dan jelas memainkan peranan penting untuk merubah gaya hidup masyarakat, sekaligus melindungi sistem penjagaan kesihatan.
![Bermula 1 Mei, pelitup muka di luar bangunan, kawasan terbuka tidak lagi wajib - Khairy Bermula 1 Mei, pelitup muka di luar bangunan, kawasan terbuka tidak lagi wajib - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61651050220_KJLonggarSOP.jpg)
Bermula 1 Mei, pelitup muka di luar bangunan, kawasan terbuka tidak lagi wajib - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor), tidak lagi diwajibkan.
![JAKOA tubuh 'task force' jayakan PICKids JAKOA tubuh 'task force' jayakan PICKids](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650039968_TBpickids.jpg)
JAKOA tubuh 'task force' jayakan PICKids
Pasukan itu melibatkan pelbagai agensi terutamanya Kementerian Kesihatan Kementerian Pendidikan dan agensi kerajaan berkaitan.
![Negara lepasi kemuncak Omicron, tapi SOP masih berkuat kuasa - Khairy Negara lepasi kemuncak Omicron, tapi SOP masih berkuat kuasa - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648129326_MenteriKesihatanKh.jpg)
Negara lepasi kemuncak Omicron, tapi SOP masih berkuat kuasa - Khairy
Khairy mengingatkan bahawa masih terdapat SOP yang perlu diikuti, untuk terus memastikan jangkitan COVID-19 stabil di negara ini.
![Operasi PPV Integrasi di Lembah Klang ditutup Operasi PPV Integrasi di Lembah Klang ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642243751_TBppv.jpg)
Operasi PPV Integrasi di Lembah Klang ditutup
Penutupan PPV 'offsite' secara berperingkat pula akan dibuat mulai Mac 2022 apabila kadar pemberian dos penggalak bagi penduduk dewasa mencapai 64 peratus.
![PICKids: 54,000 dos vaksin Pfizer tiba di Kuching PICKids: 54,000 dos vaksin Pfizer tiba di Kuching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646980183_vaksinPfizer.jpg)
PICKids: 54,000 dos vaksin Pfizer tiba di Kuching
Sebanyak 54,000 dos vaksin Pfizer bagi PICKids Sarawak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, pada Khamis.
![Kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat - Dr Rohaizat Kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat - Dr Rohaizat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51643897169_dialog.jpg)
Kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat - Dr Rohaizat
Program vaksinasi COVID-19 kepada kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun ini bagi mengelak kanak-kanak tersebut mendapat kesan lebih serius akibat COVID-19 jika tidak divaksin.
![PICKids usaha lindungi kanak-kanak PICKids usaha lindungi kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61643849901_PICKids.jpg)
PICKids usaha lindungi kanak-kanak
Dianggarkan seramai 4 juta kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun layak untuk menerima vaksin Comirnaty (Pfizer-BioNTech) melalui program PICKids.