KUALA LUMPUR: Semua pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang iaitu PPV World Trade Centre KL, PPV Axiata Bukit Jalil, PPV IDCC Shah Alam dan PPV Sokha Gakai Klang menutup operasinya pada Selasa lepas (15 Mac).
Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan PPV 'offsite' secara berperingkat pula akan dibuat mulai Mac 2022 apabila kadar pemberian dos penggalak bagi penduduk dewasa mencapai 64 peratus berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan ProtectHealth, 9 Mac lepas.
"Untuk makluman, sehingga 16 Mac 2022, 66.2 peratus daripada penduduk dewasa yang layak telah menerima dos penggalak," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut, individu yang masih belum menerima vaksinasi lengkap, vaksinasi dos penggalak atau ibu bapa yang ingin membawa anak mendapatkan vaksinasi kanak-kanak sama ada dos pertama atau kedua, boleh mendapatkan vaksinasi melalui beberapa kaedah.
"Kaeadahnya iaitu membuat tempahan slot vaksinasi mengikut PPV yang dipilih. Tempahan boleh dibuat melalui pautan yang akan dihantar bersama janji temu ke aplikasi MySejahtera anda; PPV pengamal perubatan swasta berdekatan yang menawarkan vaksinasi kanak-kanak dan dos penggalak seperti yang disenaraikan di laman web ProtectHealth iaitu https://vaksincovid.protecthealth.com.my.
"Walk-in ke PPV offsite yang masih beroperasi. Individu boleh membuat semakan senarai PPV offsite dari semasa ke semasa di laman web ProtectHealth iaitu https://vaksincovid.protecthealth.com.my," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memberitahu varian Omicron tetap serius dan boleh menyebabkan komplikasi teruk terutamanya kepada mereka yang masih belum menerima vaksinasi lengkap atau langsung tidak divaksin serta golongan yang berisiko tinggi iaitu warga emas dan individu dengan komorbid dan belum menerima dos penggalak.
"Ibu bapa juga dinasihatkan merebut peluang untuk vaksinasi anak-anak bagi melindungi mereka daripada jangkitan varian Omicron yang lebih teruk dan boleh menyebabkan kematian akibat COVID-19 dan komplikasinya (MICS).
"Bagi memastikan fasa peralihan ke endemik yang akan bermula pada 1 April 2022 dapat dilaksanakan dengan selamat, fokus paling utama adalah untuk memupuk kesedaran dan solidariti komuniti, memperkasa tanggungjawab individu terhadap pematuhan SOP dan meluaskan capaian program vaksinasi sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
Sehingga 16 Mac 2022, 66.2 peratus daripada penduduk dewasa yang layak telah menerima dos penggalak. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Operasi PPV Integrasi di Lembah Klang ditutup
Penutupan PPV 'offsite' secara berperingkat pula akan dibuat mulai Mac 2022 apabila kadar pemberian dos penggalak bagi penduduk dewasa mencapai 64 peratus.
Keputusan tutup PPV Mega memandangkan kos sewa tinggi - Khairy
Keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menutup semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega mulai 16 Mac ini memandangkan penyewaan lokasi pusat itu membabitkan kos yang tinggi.