Kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan budaya keusahawanan yang menggalakkan usahawan menjadi pencipta kerja di samping memberikan bimbingan kepada mereka yang bekerja dalam bidang industri masing-masing, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya menerusi Dasar Keusahawanan Nasional 2030, kerajaan berharap untuk memupuk budaya keusahawanan bagi memandu sektor ini untuk menyumbang sehingga 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.
"Kita sedang mengusahakan strategi bagi memupuk usahawan muda dan rakan usahawan menerusi dasar ini," katanya semasa berucap di majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2019 di sini malam tadi.
Dr Mahathir berkata kerajaan berharap dapat melahirkan usahawan yang boleh memandu negara ke hadapan dari segi ekonomi, pembangunan dan pertumbuhan.
Katanya beliau percaya amat penting untuk mewujudkan model ekonomi yang berjaya menerusi keusahawanan di mana usahawan tempatan boleh maju bersama dengan nilai-nilai murni - integriti dan ikhlas.
"Nilai-nilai ini penting sekiranya usahawan berhasrat untuk terus mampan dalam bidang mereka. Tanpa nilai-nilai ini, kejayaan tidak sempurna, ia kehilangan jiwa.
"Tapi ingatlah, menjadi pemenang bukan hanya apabila kita diberikan pengiktirafan semata-mata, tapi juga bagaimana nurani kita menerimanya, dan kejayaan tidak seharusnya bererti mengabaikan segala yang lain," katanya.
Perdana Menteri berkata usahawan muda Malaysia terus membuktikan bahawa mereka boleh, dan ramai yang telah memacu inovasi serta pertumbuhan ekonomi, dan keupayaan mereka ini membawa perubahan positif kepada masyarakat.
Beliau berkata kebangkitan usahawan yang gigih dan berjaya ini mengukuhkan kepercayaan kerajaan terhadap belia dan memancar sinar harapan baharu untuk masa depan Malaysia.
"Kita sedang berhadapan dengan kemajuan teknologi yang amat pantas dan gangguan-gangguan yang belum pernah dihadapi sebelum ini; dengan kemunculan Revolusi Industri Ke-empat ini. Setiap negara amat bergantung kepada belia mereka untuk sama bergerak pantas dan menggunakan keupayaan mereka untuk memanfaatkan perubahan-perubahan ini.
"Malaysia juga tiada bezanya. Kumpulan belia dilahirkan dalam suasana teknologi baharu ini dan mereka membesar semasa teknologi-tekmologi ini berkembang serta mencapai tahap baru dalam kemajuan dan kecanggihannya," katanya.
Dr Mahathir berkata adalah perkara semulajadi bagi golongan belia ini untuk memiliki kelebihan dan kemampuan dalam menguasai teknologi baharu serta maju, namun sememangnya mereka masih perlu memiliki minat, keinginan dan juga kewaspadaan.
Menurutnya kefahaman serta kebolehan untuk menyesuaikan diri yang dimiliki mereka terhadap teknologi-teknologi baharu ini akan membolehkan mereka lebih berinovatif dan kreatif dalam keinginan untuk meneroka dan memperkenalkan peluang-peluang ekonomi dan industri baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 02 2019
Dr Mahathir berkata adalah perkara semulajadi bagi golongan belia untuk memiliki kelebihan dan kemampuan dalam menguasai teknologi baharu serta maju, namun sememangnya mereka masih perlu memiliki minat, keinginan dan juga kewaspadaan. --fotoBERNAMA
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.