TANJUNG MALIM: Kerajaan menyasarkan untuk melahirkan 125,000 hufaz yang berkebolehan dalam bidang profesional seperti perubatan, perundangan dan korporat menjelang tahun 2050.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi merealisasikan usaha itu Pusat Pengajian Ulul Albab (PUA) Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI), bersama-sama gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA) diminta untuk menyediakan modul pengajian khas berkaitan dalam tempoh dua minggu lagi.
Menurutnya sekiranya modul pengajian berkenaan dapat disiapkan ia juga akan diperluaskan ke semua institusi pendidikan lain seperti tabika dan tadika kemas, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) serta lebih 200 pusat pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) di seluruh negara.
Katanya, pengenalan program itu adalah bermatlamat untuk membantu sebahagian besar daripada kira-kira 280,000 hufaz di maahad-maahad tahfiz di seluruh negara untuk keluar daripada garis kemiskinan.
“Kerana terdapat persepsi bahawa kerja-kerja ibadah ini harus percuma tetapi mereka perlu hidup. untuk itu kita mahu mempertingkatkan martabat hufaz ini supaya mereka juga mempunyai kelulusan akademik dan dengan ada keputusan akademik ini dalam peringkat sijil, yang ada kredit transfer nya untuk mereka mengambil diploma dan pada waktu yang sama mereka di SPMkan.
“Ertinya di dalam kesinambungan sijil ke diploma, itu di situ UPSI akan juga menguruskan agar mereka ada SPM, kerana syarat SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) jika tidak ada SPM mereka tidak boleh termasuk dan terjun dalam bidang kerjaya perkhidmatan awam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media bersempena lawatannya ke UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, pada Ahad.
Hadir sama, Naib Canselor UPSI Prof Datuk Md Amin Md Taff, serta Presiden PINTA, Mohd Zahid Mahmood.
Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata langkah berkenaan amat baik dalam usaha mengetengahkan lagi pendidikan tahfiz ke aliran pendidikan nasional.
Pada masa sama, Pengarah PUA UPSI, Dr Sakinah Salleh berkata pusat pengajian yang ditubuhkan pada tahun 2017 itu menyediakan latihan, kursus, modul, penyelidikan dan aktiviti berstruktur berdasarkan yang merangkumi komponen quranik, ensiklopedik dan ijtihadik (QEI).
Katanya pusat pengajian berkenaan juga tidak hanya terhad kepada pelajar-pelajar daripada aliran agama sebaliknya ia turut terbuka kepada pelajar daripada aliran-aliran pengajian lain.
Amirrul Rabbani
Sun Feb 19 2023
![Kerajaan sasar lahir 125,000 hufaz profesional menjelang tahun 2050 - Zahid Kerajaan sasar lahir 125,000 hufaz profesional menjelang tahun 2050 - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676803950_ZahidHamidi.jpg)
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas sesi perbincangan ketika lawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) hari ini. -- Foto BERNAMA
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![Kerajaan sasar lahir 125,000 hufaz profesional menjelang tahun 2050 - Zahid Kerajaan sasar lahir 125,000 hufaz profesional menjelang tahun 2050 - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676803950_ZahidHamidi.jpg)
Kerajaan sasar lahir 125,000 hufaz profesional menjelang tahun 2050 - Zahid
Kerajaan menyasarkan untuk melahirkan 125,000 hufaz yang berkebolehan dalam bidang profesional seperti perubatan, perundangan dan korporat menjelang tahun 2050.
![Dakwaan BN tidak mampu bawa roh Islam dalam pemerintahan tidak benar Dakwaan BN tidak mampu bawa roh Islam dalam pemerintahan tidak benar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524954667_TBBNJELIMUSTAPA.jpg)
Dakwaan BN tidak mampu bawa roh Islam dalam pemerintahan tidak benar
Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan sentiasa berusaha memantapkan lagi pendidikan Islam dalam usaha melahirkan lebih ramai hufaz profesional di negara ini.