Kerajaan menyasarkan kedatangan pelancong seramai 30.5 juta orang yang menyumbang kira-kira RM103 bilion kepada pendapatan negara tahun depan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata sasaran berkenaan diyakini mampu dicapai menerusi pelbagai program dan acara tahunan termasuk Majlis Rumah Terbuka Malaysia yang dianjurkan bagi menyemarakkan acara pelancongan dan kebudayaan di negara ini.
"Bidang pelancongan dan kebudayaan kini semakin berkembang dengan berasaskan kepelbagaian bidang seperti pelancongan kesihatan, pendidikan dan sebagainya namun tarikan pelancong adalah kepada destinasi yang menarik dan bersejarah serta adat dan budaya sesebuah negara itu.
"Bagi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia majlis ini bukan sahaja menjadi acara tahunan bagi sambutan perayaan Krismas dan tahun baharu 2016 tetapi juga dapat menyemarakkan lagi industri pelancongan dan kebudayaan khususnya di negeri Melaka," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2015 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir di sini, hari ini.
Majlis tersebut dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata keunikan dan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia telah merealisasikan kempen Malaysia Year of Festivals 2015 atau MyFEST2015 pada tahun ini yang bertemakan 'Endless Celebrations'.
"Kempen ini bertujuan menonjolkan dan meraikan kepelbagaian budaya dan kepelbagaian yang banyak terdapat di negara ini sebagai tarikan kepada pelancong," katanya.
Beliau berkata kempen tersebut juga akan terus meningkatkan momentum pertumbuhan industri pelancongan dan kebudayaan negara sebagaimana kejayaan yang dicapai sepanjang tahun pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Sementara itu, Idris berkata sehingga Okt tahun ini negeri Melaka telah berjaya merekodkan kedatangan pelancong berjumlah 12.5 juta dan ia dijangka terus meningkat menjelang hujung tahun ini.
"Semalam saya menerima laporan tidak lebih 435,000 pelancong berkunjung ke Melaka dalam tempoh dua minggu ini. Saya yakin dan percaya perancangan dan aktiviti termasuklah Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas ini, negeri Melaka bakal berjaya mencapai sasarannya iaitu menarik seramai 16 juta pelancong pada tahun ini," katanya.
Bernama
Mon Dec 28 2015
Sasaran berkenaan diyakini mampu dicapai menerusi pelbagai program dan acara tahunan termasuk Majlis Rumah Terbuka Malaysia yang dianjurkan bagi menyemarakkan acara pelancongan dan kebudayaan. -Gambar fail
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Sisa vape ancaman terbaharu kepada pantai - Aktivis
Bahan buangan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) termasuk peranti dan aksesori vape menjadi ancaman terbaharu kepada pantai.
Kerajaan sasar 30.5 juta pelancong, RM103 bilion pendapatan 2016
Sasaran berkenaan diyakini mampu dicapai menerusi pelbagai program dan acara tahunan termasuk Majlis Rumah Terbuka Malaysia yang dianjurkan bagi menyemarakkan acara pelancongan dan kebudayaan.