SIBU:Sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang akan diraikan pada 12-13 Feb ini, empat persatuan Cina di Sibu menggesa kerajaan negeri mengetatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) tempoh perayaan itu untuk membendung penularan COVID-19.
Akan ada peningkatan pergerakan dan peluang kes untuk melonjak adalah tinggi, kata Persatuan Pemimpin Komuniti Cina Bahagian Sibu (CCLA); Persatuan Cina Bersatu (UCA), Sibu; Persekutuan Persatuan-Persatuan 7 Klan dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu (SCCCI).
Pengerusi CCLA Bahagian Sibu Datuk Vincent Lau Lee Ming berkata peningkatan kes ketika ini di seluruh negara disebabkan pematuhan SOP yang lemah susulan peningkatan perjalanan dan perhimpunan sosial sepanjang tempoh Krismas dan Tahun Baharu.
"Ramai yang tidak sabar dan merancang untuk pulang dari luar negara untuk berkumpul bersama keluarga semasa Tahun Baharu Cina.
"Perjalanan antara negeri dan daerah dijangka meningkat. Amalan tradisi seperti kunjung-mengunjung dan majlis perjumpaan anjuran persatuan Cina pasti akan meningkatkan kadar jangkitan," katanya pada sidang media bersama persatuan berkenaan di sini hari ini.
Selain mengetatkan SOP, kerajaan juga perlu mengenakan sekatan perhimpunan sosial dan menguatkuasakan pengasingan 14 hari di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk semua termasuk pemimpin politik dan VVIP yang memasuki negeri ini, katanya.
"Adalah diharap pemimpin politik kita akan menetapkan contoh yang baik dan mengambil inisiatif mematuhi sepenuhnya SOP dan kuarantin diri, terutama jika mereka kembali ke Sarawak dari zon merah COVID-19," katanya.
Persatuan itu juga menasihatkan mereka yang bekerja atau belajar di luar Sarawak untuk kekal di tempat masing-masing, dengan berkata ini adalah langkah terbaik untuk mencegah penyebaran virus itu dan melindungi keluarga dan sahabat mereka.
"Sebaliknya, kekal berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan melalui telefon, internet dan rangkaian media sosial," kata Lau.
Tambahnya, lawatan dan perhimpunan sosial perlu dihadkan dan semua orang perlu digalakkan untuk terus berada di rumah dan mematuhi SOP.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 07 2021

Lawatan dan perhimpunan sosial perlu dihadkan dan semua orang perlu digalakkan untuk terus berada di rumah dan mematuhi SOP. - Foto Bernama.
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Kerajaan Sarawak digesa perketat SOP sambutan Tahun Baharu Cina
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan diraikan pada 12-13 Feb ini, empat persatuan Cina di Sibu menggesa kerajaan negeri mengetatkan lagi SOP tempoh perayaan itu