SHAH ALAM: Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta, bagi membiayai kerja baik pulih kemudahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta urusan lain.
Daripada jumlah itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sebanyak RM20 juta diperuntukkan kepada Sekolah Tamil di bawah kerajaan, manakala baki RM10 juta untuk membantu hal berkaitan perolehan tanah untuk pembinaan SJKT serta urusan berkaitan SJKT yang masih belum selesai.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan menteri dan ketua setiausaha kementerian berkaitan supaya segera memulakan projek untuk membaiki dan menyelenggara kemudahan asas di sekolah yang terbabit.
Beliau berkata, keadaan bumbung dan tandas menjadi antara keutamaan untuk dibaiki dan diselenggara pada tahun ini.
"Bagi saya, isu pendidikan adalah isu besar dan sebab itulah kita letakkan Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) dalam kalangan orang muda serta dinamik untuk angkat mutu pendidikan kita.
"Jadi, dalam Belanjawan 2023, kita tambah peruntukan untuk Kementerian Pendidikan (KPM). Kita tambah satu lagi kategori penyelenggaraan baik pulih sekolah merangkumi SJKT, Sekolah Kebangsaan (SK).
"Dulu, masa saya di Port Dickson (sebagai Ahli Parlimen), ada tandas di situ tak terurus, ada sekolah semua enam tandas rosak. Justeru, bagaimana nasib anak kita (di sekolah)? Kena fikir, ini adalah anak kita.
"Sebab itu saya kata sudah lulus (peruntukan) dan dalam setiap mesyuarat Kabinet, saya tanya sudah berjalan belum (projek) kerana (peruntukan) duit sudah dapat dilaksanakan.
"Ini termasuk majoriti di Sekolah Tamil. (Ketika di pejabat), saya cari hampir setiap daerah yang ada Sekolah Tamil, perlu dibaik pulih dan saya mula dengan tandas serta bumbung. Nak baik pulih semua cecah berbilion ringgit. Hal ini perlu diberikan tumpuan tahun ini," katanya.
Perdana Menteri mengumumkan perkara itu ketika berucap pada Majlis Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, petang tadi.
Di majlis itu juga Perdana Menteri mengarahkan guru besar sekolah memainkan peranan proaktif dengan turut sama 'mengesan' murid miskin.
Beliau berkata, penyelesaian perlu dicari bagi menangani isu yang dihadapi murid terbabit.
"Kalau ada guru besar, tengok murid ini masuk kategori ini (miskin) tak dapat (sumbangan tunai Rahmah), kena cari mekanisme.
"Tidak boleh kata senarai kita sudah sempurna kerana kadang-kadang tertinggal. Jadi guru besar kena tengok anak miskin (di sekolah).
"Mungkin anak itu, dia bukan miskin tegar, mungkin dia tak makan, berpakaian compang-camping. Hal ini kita kena selesaikan," katanya.
Mengulas mengenai majlis yang dianjurkan itu, Perdana Menteri berkata, ia amat bersejarah kerana berjaya menghimpunkan pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan di bawah satu bumbung.
Antara yang hadir adalah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Lim Hui Ying; Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), R Ramanan, yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh; Presiden MIC, Tan Sri Vigneswaran dan bekas Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago.
Astro Awani
Sat Jun 10 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Pulau Pinang salur RM70,000-RM80,000 kepada SJKT tingkat kemudahan asas
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Pulau Pinang menerima peruntukan antara RM70,000 hingga RM80,000 setahun bagi menambah baik kemudahan asas.

Sekolah vernakular tarikan perpaduan negara, bukan pemisah etnik - Aaron
Sekolah vernakular bukan satu faktor yang menjurus ke arah perpecahan, sebaliknya ia menjadi tarikan ke arah perpaduan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Wujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas depani negara menua - Senator
Seorang Ahli Dewan Negara hari ini mencadangkan agar kerajaan mewujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas sebagai persediaan mendepani cabaran Negara Menua 2030.

Isu kekurangan guru di SJKC, SJKT bersifat sementara - Fadhlina
Isu kekurangan guru yang sedang berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah bersifat sementara, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

KPM nafi turunkan gred pemarkahan SPM 2022, ikut standard sebelum ini - Fadhlina
Dakwaan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) menurunkan purata gred pemarkahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 adalah tidak benar.

Kerajaan salur peruntukan tambahan RM30 juta untuk baik pulih SJKT, urusan lain - PM
Beliau mengarahkan menteri dan ketua setiausaha kementerian berkaitan supaya segera memulakan projek untuk membaiki dan menyelenggara kemudahan asas di sekolah yang terbabit.

Lima lelaki direman bantu siasatan tuntutan palsu lebih RM2.5 juta
Tuntutan berkenaan membabitkan kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan dan membaik pulih fasiliti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Selangor, pada 2020.

12 NGO setuju hanya seni tulisan khat diperkenalkan tahun depan
Teo berkata turut dipersetujui dalam perbincangan itu ialah murid yang mempelajari pengenalan seni tulisan khat itu tidak diuji dalam peperiksaan.

Jangan jadikan pendidikan 'bola sepak' dalam politik - Rafidah Aziz
Kata bekas menteri kabinet itu, pendidikan perlu dilihat sebagai satu faedah buat pembangunan generasi sekarang dan generasi yang akan datang.

Kebiadapan Nazri Aziz antara punca kejatuhan BN - MCA
Nazri Aziz adalah di antara nama-nama pemimpin BN yang tersenarai dalam golongan pemimpin biadap dan angkuh.