Kerajaan Pusat menyalurkan hampir RM1 bilion peruntukan peyelenggaraan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Mubaligh di seluruh negara dari 2008 hingga 2015, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ir Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata daripada jumlah itu, SJKC menerima peruntukan penyelenggaraan berjumlah RM515 juta dan Sekolah Mubaligh sebanyak RM465 juta.
Semua peruntukan itu diberi secara terus bagi membantu membiayai kerja-kerja penyelenggaraan sekolah terbabit berdasarkan permohonan dikemukakan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).
"Ini termasuk di Sabah, (kerajaan) tidak pernah meminggirkan Sabah daripada menerima peruntukan (penyelenggaraan) ini," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan cek peruntukan penyelenggaraan 2015 kepada SJKC, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) bagi Sabah di sini, pada Ahad.
Sebanyak 173 sekolah masing-masing 67 SJKC, Sekolah Mubaligh (98) dan lapan SMJK di seluruh negeri ini menerima peruntukan penyelenggaraan sekolah bagi 2015.
Menteri Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, menyerahkan cek berkenaan.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Timbalan Menteri Pendidikan II Senator Chong Sin Woon berkata kerajaan Pusat memberi RM6.49 juta kepada SJKC, SMJK (RM2.55 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM12 juta), dan berharap pihak sekolah dapat menyegerakan penyelenggaraan di sekolah masing-masing.
"Jika (kerja-kerja penyelenggaraan) belum siap atau perlu mengambil masa yang panjang, (sekolah) diminta membuat laporan progresif kepada Jabatan Pendidikan Sabah," katanya.
Terdahulu, dalam teks ucapannya, Musa berkata bantuan itu dapat memenuhi sebahagian daripada keperluan kewangan bagi menampung kos operasi harian, menjalankan program berkaitan dan menambah baik institusi.
Bernama
Sun Jan 03 2016
Wee berkata berkata daripada jumlah itu, SJKC menerima peruntukan penyelenggaraan berjumlah RM515 juta dan Sekolah Mubaligh sebanyak RM465 juta. - Gambar Fail
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Maszlee mohon peruntukan tambahan untuk SK dan sekolah agama
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata perkara itu masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.
Kerajaan salur hampir RM1 bilion selenggara SJKC, Sekolah Mubaligh sejak 2008
Semua peruntukan itu diberi secara terus bagi membantu membiayai kerja-kerja penyelenggaraan sekolah terbabit berdasarkan permohonan dikemukakan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).