KOTA KINABALU:Kerajaan Negeri Sabah akan menyalurkan bantuan makanan bernilai RM2 juta untuk setiap daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.
Enam daerah yang dikenakan PKPB di negeri ini ialah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Sandakan, Papar dan Tuaran yang semuanya diisytihar zon merah COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan.
Hajiji berkata penyaluran bantuan itu adalah melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap daerah dan agihan bantuan makanan akan dibantu Polis Diraja Malaysia, RELA, Jabatan Kesihatan Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.
"Kerajaan Negeri sedar bahawa pelaksanaan PKPB di enam daerah yang diisytiharkan sebagai kawasan zon merah memberi kesan besar dan menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan terlibat," katanya menerusi kenyataan di sini, malam tadi.
Isnin lepas (5 Okt), Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPB berkuat kuasa Rabu (7 Okt) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan dan pada Rabu mengumumkan PKPB di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang di Selangor bermula hari ini.
Sementara itu Hajiji berkata kerajaan negeri juga bersetuju supaya semua operasi dan aktiviti bartertrade di negeri ini ditangguh bermula Isnin 12 Okt sebagai langkah membendung penularan COVID-19.
"Semua rakyat negeri Sabah diingatkan untuk sentiasa mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan dinasihatkan untuk memainkan peranan masing-masing dalam memerangi pandemik COVID-19 dengan penuh tanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 09 2020
PKPB berkuat kuasa Rabu (7 Okt) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan dan pada Rabu mengumumkan PKPB di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah. -Foto Bernama
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
WFP PBB umum segera luaskan bantuan makanan kecemasan di Sudan
WFP memperluaskan bantuan makanan kecemasan dan pemakanan di #Sudan dengan segera di tengah-tengah ancaman kebuluran yang semakin mendesak.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga Palestin.
Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa kedua-dua mayat dan tahanan ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menahan penghantaran bantuan.
WCK kembali operasi di Gaza
WCK pada Selasa memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan sebilangan kakitangan dan sukarelawan bekerja di Gaza.
'Apa guna AS hantar bantuan tapi terus beri senjata kepada Israel?'
Michael mendakwa, apa yang berlaku sebagai tidak masuk akal.
Yusuf Islam bakal wujudkan 'Peace Train' di Malaysia
Beliau memilih Malaysia sebagai cawangan bagi menubuhkan Peace Train pertama di luar negara, kerana imej negara ini.
Tembak penduduk ketika ambil bantuan tidak boleh diterima - PBB
Tindakan kejam Israel adalah langsung tidak boleh diterima terutamanya ketika penyaluran bantuan yang sekarang ini sangat mustahil.
Lebih 100 maut, 750 cedera di Gaza ketika dapatkan bantuan makanan
Angka kematian yang disahkan setakat ini adalah 112 mangsa manakala lebih daripada 750 orang cedera dalam kejadian itu.
Penduduk Palestin serbu pantai Gaza selepas pesawat gugur bantuan makanan
Walaupun ada barangan makanan itu jatuh ke laut penduduk tetap berusaha mendapatkannya dan ada yang menggunakan bot kecil.