GENEVA: Wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi hak makanan, Michael Fakhri mempertikaikan tindakan Amerika Syarikat (AS) menghantar bantuan makanan kepada Gaza, ketika ia masih meneruskan lagi bekalan senjata kepada Israel.
Michael mendakwa, apa yang berlaku sebagai tidak masuk akal.
"Apabila negara menggunakan bantuan udara dan pelabuhan maritim ini janggal, dalam situasi apabila anda ingin menyampaikan bantuan kemanusiaan ke wilayah musuh.
"Apa yang saya cuba fahami ialah mengapa Amerika Syarikat menyediakan bom dan peluru serta sokongan kewangan kepada kerajaan yang telah menyatakan hasratnya untuk membuat orang awam kelaparan dan kemudian menggunakan kaedah ini. Ia hampir tidak dapat difahami,” katanya.
Fakhri, seorang profesor undang-undang Lubnan-Kanada, diberi mandat oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk mendokumenkan dan menasihati keselamatan makanan global.
Di tengah-tengah amaran tentang kebuluran yang meningkat mendadak lima bulan selepas kempen Israel menentang Hamas di Gaza, tentera AS melancarkan melakukan bantuan udara.
Namun baginya perkara sedimikian tidak membantu mengatasi kebuluran.
Tambahnya lagi ia memberi amaran tentang huru-hara yang sudah berlaku, ketika pelarian Palestin berebut bekalan sehingga membahayakan nyawa mereka sendiri.
AS meramalkan tambahan AS$17.6 bilion bantuan ketenteraan baharu kepada Israel.
Namun Fakhri memberitahu Majlis Hak Asasi Manusia Geneva bahawa Israel sudahpun memusnahkan sistem makanan Gaza sebagai sebahagian daripada "kempen kelaparan" yang lebih dahsyat.
Astro Awani
Sat Mar 09 2024

Bantuan makanan yang digugurkan dari pesawat di utara Semenanjung Gaza. - Foto AP
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.

WFP rayu dana segera untuk bantu jutaan penduduk Syria
Program Makanan Sedunia merayu dana segera bagi memperluaskan operasi bantuan kepada 2.8 juta rakyat yang terjejas dan berdepan krisis makanan di Syria.

WFP PBB umum segera luaskan bantuan makanan kecemasan di Sudan
WFP memperluaskan bantuan makanan kecemasan dan pemakanan di #Sudan dengan segera di tengah-tengah ancaman kebuluran yang semakin mendesak.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga Palestin.

Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa kedua-dua mayat dan tahanan ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menahan penghantaran bantuan.

WCK kembali operasi di Gaza
WCK pada Selasa memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan sebilangan kakitangan dan sukarelawan bekerja di Gaza.

'Apa guna AS hantar bantuan tapi terus beri senjata kepada Israel?'
Michael mendakwa, apa yang berlaku sebagai tidak masuk akal.

Yusuf Islam bakal wujudkan 'Peace Train' di Malaysia
Beliau memilih Malaysia sebagai cawangan bagi menubuhkan Peace Train pertama di luar negara, kerana imej negara ini.

Tembak penduduk ketika ambil bantuan tidak boleh diterima - PBB
Tindakan kejam Israel adalah langsung tidak boleh diterima terutamanya ketika penyaluran bantuan yang sekarang ini sangat mustahil.