Kerajaan Negeri Sabah akan membenarkan semula aktiviti bot pam yang sebelum ini diharamkan bagi membolehkan semua nelayan menjalankan kegiatan mereka di laut.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, langkah itu diambil bagi membantu masyarakat nelayan miskin di peringkat akar umbi di negeri ini untuk meningkatkan mata pencarian mereka.
Jelas beliau, sekiranya langkah membenarkan semula penggunaan bot pam itu menjadi peralatan digunakan pihak anasir jahat, pihak kerajaan dijangka akan membuat bot pam sendiri untuk mengejar mereka (penjenayah) di perairan cetek.
Untuk rekod, sebelum ini kerajaan terdahulu menguatkuasakan larangan interim sejak Januari 2017 bagi pengunaan bot pam dengan alasan meningkatkan keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
"Tetapi untuk mengharamkannya ini salah satu boleh menghalang dari segi mata pencarian nelayan-nelayan yang miskin di pesisiran pantai.
"Dengan adanya pam bot ni semula, nelayan miskin juga boleh main peranan tingkat ekonomi di kawasan mereka. Insya-Allah kita akan maklumkan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah supaya kita lakukannya termasuklah penguatkuasaan dari segi ban and export pembalakan yang termaktub dalam manifesto 100 hari kami," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Iftar Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan, hari ini.
Mohd Shafie sebelum itu mengadakan lawatannya di IPK dan menghadiri taklimat oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkenaan isu keselamatan di negeri ini.
Sementara itu, mengulas mengenai isu Perintah Bekurung, Ketua Menteri berkata, kerajaan baharu akan menilai kebaikan pelaksanaannya dan melihat ianya menunjukkan keberkesanan positif.
"Direkodkan, kadar jenayah di perairan Pantai Timur Sabah juga semakin berkurangan dengan adanya perintah berkurung.
"Bagaimanapun, kami akan memantau langkah itu (perintah berkurung) sama ada ia wajar dilanjutkan atau tidak supaya kita dapat mengatasi ancaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Perintah berkurung mula diperkenalkan pada 19 Julai 2014 itu meliputi jarak tiga batu nautika dari pantai dan membabitkan tujuh daerah di Esszone.
Bermula pada jam 6 petang hingga 6 pagi, ianya turut melibatkan tujuh daerah termasuk Tawau, Kunak, Lahad Datu, Semporna, Beluran, Sandakan dan Kinabatangan.
Ruzaini Zulkepli
Wed May 23 2018
![Kerajaan Sabah 'halalkan' aktiviti bot pam untuk nelayan Kerajaan Sabah 'halalkan' aktiviti bot pam untuk nelayan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51527083761_MohdShafieApdal.jpg)
Langkah itu diambil bagi membantu masyarakat nelayan miskin di peringkat akar umbi di negeri ini untuk meningkatkan mata pencarian mereka.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 17 Julai 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pasaran telah beralih ke arah pilihan raya presiden AS menjelang November nanti, yang menunjukkan kebimbangan terhadap Donald Trump berikutan dasar ekonominya yang akan memihak kepada pemotongan cukai dan pengenaan tarif terhadap China.
![Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris? Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704813566_PearlyTandanThina.jpg)
Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?
Penganalisis berpendapat sukar buat Pearly-Thinaah menjayakan misi emas pertama Malaysia pada penampilan sulung mereka.
Niaga AWANI: [Hutang kerajaan persekutuan meningkat] Cabaran antara jimat atau langkah rangsangan
Perdana Menteri pada Selasa umum hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada RM1.22 trilion berbanding RM1.17 trilion. Apakah cabaran mengurus hutang ini untuk memasihkan ia kekal di bawah had statutori? Adakah dasar fikal kita masih utuh?
![Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721175184_Pemudaberatkgk.jpg)
Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.
![Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
Niaga AWANI: Potensi sebenar AI Generatif dalam sektor kewangan
Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) adalah teknologi yang semakin mendapat perhatian dalam sektor kewangan. Ia menawarkan potensi besar untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan ketepatan dalam pelbagai aspek perkhidmatan kewangan. Apakah langkah yang boleh diambil Malaysia untuk membina infrastruktur yang baik bagi menyokong penggunaan AI generatif dalam sektor kewangan?
![Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721173567_tbbusplummetsoffc.jpg)
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
![Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714900694_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
![Mohd Ali dilantik semula sebagai YDP Melaka bagi penggal kedua Mohd Ali dilantik semula sebagai YDP Melaka bagi penggal kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716881085_AgongSultanIbrahim.jpg)
Mohd Ali dilantik semula sebagai YDP Melaka bagi penggal kedua
Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Kerja baiki paip bocor Sungai Perai ambil masa 24 - 48 jam - Kon Yeow Kerja baiki paip bocor Sungai Perai ambil masa 24 - 48 jam - Kon Yeow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695974954_ChowKonYeow.jpg)
Kerja baiki paip bocor Sungai Perai ambil masa 24 - 48 jam - Kon Yeow
PBAPP juga telah menggerakkan lori-lori tangki untuk menyediakan bekalan air kepada pengguna yang terjejas.
![Melaka kaji cadangan pelarasan tarif air - Ketua Menteri Melaka kaji cadangan pelarasan tarif air - Ketua Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703409414_TBRAUFYUSOF.jpg)
Melaka kaji cadangan pelarasan tarif air - Ketua Menteri
Kerajaan Melaka sedang melakukan kajian terperinci berkaitan cadangan pelarasan kadar tarif air bagi pengguna domestik di negeri itu.
![COVID-19 di Melaka terkawal - Ketua Menteri COVID-19 di Melaka terkawal - Ketua Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701181399_KetuaMenteriMelaka.jpg)
COVID-19 di Melaka terkawal - Ketua Menteri
Rakyat tidak perlu bimbang atau panik kerana Jabatan Kesihatan Melaka sentiasa memantau situasi terkini kes COVID-19 di negeri itu.
![Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700375725_AnthonyLoke.jpg)
Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.
![Kon Yeow mula tugas Ketua Menteri Pulau Pinang secara rasmi Kon Yeow mula tugas Ketua Menteri Pulau Pinang secara rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691990494_Chow.jpg)
Kon Yeow mula tugas Ketua Menteri Pulau Pinang secara rasmi
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua semalam, memulakan tugas secara rasmi hari ini.
![25 maut dalam nahas tangki minyak bas meletup 25 maut dalam nahas tangki minyak bas meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688227939_TBINDIABUSCRASH.jpg)
25 maut dalam nahas tangki minyak bas meletup
Sekurang-kurangnya 25 orang dilaporkan terkorban dalam sebuah nahas melibatkan sebuah bas di barat India, Maharashtra, pada Sabtu.
![PRN: 'Menang dahulu, baru bincang siapa Ketua Menteri Pulau Pinang' - Gerakan PRN: 'Menang dahulu, baru bincang siapa Ketua Menteri Pulau Pinang' - Gerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687132642_TBPartiGerakan.jpg)
PRN: 'Menang dahulu, baru bincang siapa Ketua Menteri Pulau Pinang' - Gerakan
PRN: 'Menang dahulu, baru bincang siapa Ketua Menteri Pulau Pinang' - Gerakan
![PRN: Pulau Pinang bubar DUN 28 Jun ini - Chow Kon Yeow PRN: Pulau Pinang bubar DUN 28 Jun ini - Chow Kon Yeow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686206442_TBChowKonYeow.jpg)
PRN: Pulau Pinang bubar DUN 28 Jun ini - Chow Kon Yeow
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).