KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengarahkan semua ketua kampungnya untuk memantau dan mengawal penularan COVID-19, dalam kawasan pentadbiran kampung masing-masing.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahannya Datuk Masidi Manjun berkata, arahan tugasan itu adalah selaras dengan kuasa diberikan kepada ketua kampung, di bawah Ordinan Pentadbiran Luar Bandar [Sabah Bab 132] (OPLB) demi membendung penularan COVID-19 di Sabah.
Beliau berkata, semua ketua kampung diminta memaklumkan kepada Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu, Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Kecil, dengan serta merta sekiranya berlaku penularan COVID-19 atau kematian di kampung masing-masing.
"Ketua kampung juga hendaklah memaklumkan pihak berkenaan, sekiranya ada penduduk kampung atau orang yang berada dalam kampung, melakukan atau cuba melakukan atau dengan niat melakukan kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara, yang menjadi kesalahan di bawah Akta 342.
"Selain itu, ketua kampung hendaklah mengambil langkah mengawal pergerakan kemasukan orang luar ke dalam kawasan kampung. Semua maklumat orang luar yang masuk dan keluar dari kampung, hendaklah direkodkan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Masidi berkata, kerjasama dan tanggungjawab semua ketua kampung amat diperlukan, dalam membantu kerajaan mengawal penularan jangkitan COVID-19, yang semakin serius.
Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata, sebanyak 207 kes baharu direkodkan pada Isnin menjadikan jumlah kumulatif wabak tersebut di Sabah 62,244 kes, dengan dua kematian dilaporkan di Kunak dan Lahad Datu.
Beliau berkata, satu kluster baharu direkodkan di Tawau pada Isnin susulan aktiviti kunjung-mengunjung sempena sambutan Syawal, dengan kes indeks merupakan seorang guru lelaki yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan 2.
Masidi berkata, Kluster Milenium mula direkodkan di Klinik Kesihatan Tawau hasil saringan bergejala terhadap guru lelaki berusia 43 tahun itu pada 23 Mei lepas, sebelum selang dua hari kemudian, seramai 16 ahli keluarga kes indeks berkenaan didapati positif COVID-19.
"Dalam pada itu, saringan kontak sosial dan tempat kerja iaitu di Agro Bank juga mengesan sembilan lagi kes positif, termasuk tiga kontak rapat kepada salah satu kes positif di bank komersial terbabit.
"Turut direkodkan lima kes positif baharu menjadikan jumlah kumulatif 31 kes. Pengesanan kontak sedang giat dijalankan dan punca sebenar jangkitan masih dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 31 2021

Masidi berkata, kerjasama dan tanggungjawab semua ketua kampung amat diperlukan, dalam membantu kerajaan mengawal penularan jangkitan COVID-19. - Gambar fail BERNAMA
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Integriti tunjang masa depan Sarawak - Timbalan Premier
Integriti bukan sahaja sebahagian daripada usaha nasional untuk membina negara bebas rasuah, tetapi ia adalah nilai yang sangat diutamakan Sarawak.

Bom kedua dijumpai di Kinarut berjaya dimusnahkan
Bom kedua yang ditemui di tapak pembinaan berhampiran Lok Kawi Plastic Industries, Kinarut dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua berjaya dimusnahkan hari ini.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.

EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.

Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).

KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.