KUALA LUMPUR: Kelemahan dalam kutipan sewa kuarters kerajaan di Putrajaya menyebabkan ketirisan hasil berjumlah RM1.66 juta kepada kerajaan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2.
Berdasarkan laporan itu dikeluarkan hari ini, kerugian tersebut merangkumi sewa kuarters RM1.16 juta yang tidak dikutip terhadap penghuni yang menduduki kuarters bagi tempoh antara 12 hingga 179 bulan, iaitu seawal tahun 2007.
Semakan audit juga mendapati kutipan sewa kuarters tidak diselaraskan dengan gred jawatan penghuni dan lokasi pejabat penghuni menyebabkan ketirisan hasil berjumlah RM0.5 juta.
"Perkara ini berlaku kerana kegagalan penghuni memaklumkan ketiadaan potongan gaji bagi bayaran sewa kuarters, menyediakan penyata kewangan tidak tepat dan tiada semakan status pendudukan kuarters bagi pegawai bertukar," menurut laporan pengauditan berkaitan pematuhan kementerian dan jabatan persekutuan itu.
Justeru, bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan kewangan, pihak audit mengesyorkan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri agar mengambil beberapa tindakan.
Ia termasuk memastikan Daftar Penghuni Kuarters diselenggara dengan lengkap dan kemas kini, dan dikongsikan kepada kementerian secara berkala supaya kutipan pulangan balik Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) penghuni dapat dipantau.
Pihak audit juga menyarankan kementerian agar membuat hebahan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kesedaran pegawai terhadap tanggungjawab masing-masing untuk memaklumkan sebarang kesilapan dalam pembayaran emolumen.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023
Kerugian merangkumi sewa kuarters RM1.16 juta yang tidak dikutip terhadap penghuni yang menduduki kuarters bagi tempoh antara 12 hingga 179 bulan.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Kerajaan rugi RM1.66 juta akibat kelemahan kutipan sewa kuarters di Putrajaya
Kerugian merangkumi sewa kuarters RM1.16 juta yang tidak dikutip terhadap penghuni yang menduduki kuarters bagi tempoh antara 12 hingga 179 bulan.
Mangsa banjir KKMM mohon moratorium pembayaran sewa kuarters
Perkara itu pastinya dapat membantu 20 penduduk kuarters dari lima keluarga terbabit untuk memulakan fasa pemulihan daripada bencana.