KUCHING: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan sokongan penuh untuk memastikan Sarawak mencapai impian menjadi negeri termaju menjelang 2030.
Jelas Muhyiddin, strategi dan perancangan kerajaan negeri itu selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 negara untuk mencapai kelestarian ekonomi serta sosial sejagat.
“Saya akan pastikan kita (Persekutuan) akan memberikan sokongan penuh kepada Sarawak untuk mencapai objektif sebagai negara termasju dalam negara.
“Dengan kekayaan sumber yang ada, ia mampu meletakkan Sarawak dalam arena global dan menyumbang faedah yang lebih besar kepada rakyat negeri ini khasnya industri pertanian,” katanya dalam ucapannya semasa Majlis Perjumpaan Khas Perdana Menteri bersama penjawat awam negeri dan persekutuan di Ranyai Ballroom, Hotel Waterfront di Kuching pada khamis.
Tambah beliau, keutamaan Sarawak untuk membangunkan infrastruktur fizikal adalah langkah tepat bagi untuk memastikan kemakmuran ekonomi dicapai dengan pantas oleh penduduk di pedalaman.
“Infrastruktur fizikal antaranya Lebuh Raya Pan Borneo dan teknologi digital melibatkan sambungan internet adalah perlu untuk memastikan kita mampu memperuntukkan ruang ekonomi yang mapan bagi rakyat menjana pendapatan.
“Sarawak mempunyai potensi yang sangat besar dalam perindustrian minyak dan gas, secara tidak langsung ini akan mempercepatkan usaha untuk maju ke hadapan berbanding di sesetengah negeri malah mungkin berbanding persekutuan dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya.
Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam ucapannya memberitahu, kerajaan negeri tidak mempunyai opsyen lain selain memanfaatkan dana kerajaan negeri untuk membangunkan infrastruktur asas di Sarawak.
“Walaupun lebih 65 peratus penduduk Sarawak menjalankan aktiviti perekonomiam dan aktiviti sosial tinggal di kawasan luar bandar, kita terus menjadikan ia satu keutamaan untuk memperuntukkan dana yang ada membangunkan infrastruktur utama bekalan air dan elektrik termasuk laluan pesisir”, katanya Abang Johari.
Tambah beliau, Sarawak berusaha untuk menyeimbang dan memaksimumkan sumber dalam negeri khasnya pertanian serta kekayaan sumber air melalui empangan untuk menghasilkan tenaga hidrogen sebagai ekonomi baharu selain memasarkan tenaga elektrik kepada Kalimantan Barat, Indonesia melalui sistem bergrid.
“Kita mencuba untuk memaksimumkan penggunaan IOT dalam industri pertanian menyokong penubuhan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak-Singapura (STATOS).
"Menjelang 2030, ekonomi hidrogen di Sarawak akan diperluaskan dengan memanfaatkan sumber tenaga boleh diperbaharui dalam masa yang sama membekalkan tenaga elektrik kepada negara jiran,” katanya.
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Apr 01 2021
Muhyiddin dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (kiri) menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Bersama Penjawat Awam hari ini. - Foto Bernama
Lelaki dikejar polis selepas cuba merampas sebuah lori
Seorang suspek perampas lori telah ditahan pada malam isnin selepas dikejar polis dalam keadaan berbahaya melalui beberapa jalan di lima, ibu negara peru.
Kamera keselamatan di perbandaran ate, timur lima, menunjukkan lelaki itu melarikan diri dengan panik melalui beberapa jalan di daerah itu, sehingga berlanggar dengan kenderan peronda polis dan bergerak dalam keadaan bersimpang siur tanpa mengendahkan arahan pegawai polis.
Kamera keselamatan di perbandaran ate, timur lima, menunjukkan lelaki itu melarikan diri dengan panik melalui beberapa jalan di daerah itu, sehingga berlanggar dengan kenderan peronda polis dan bergerak dalam keadaan bersimpang siur tanpa mengendahkan arahan pegawai polis.
Peralihan teraju kepimpinan Singapura malam ini
Upacara angkat sumpah perdana menteri keempat Singapura itu akan berlangsung pada 8 malam ini di Istana.
Pertemuan PM Anwar dan Hamas timbul resah Barat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pertemuan beliau dengan pemimpin tertinggi Hamas pada Selasa berkemungkinan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakan-rakan Malaysia khususnya dari Barat.
50 trak bantuan yang memasuki Gaza pada Ahad "hampir tidak cukup".
Itu yang dikatakan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Vaden Patel pada Selasa dimana beliau percaya masih lebih banyak yang perlu dilakukan untuk melancarkan proses aliran bantuan ke dalam Gaza.
Genap 76 tahun Nakba, saksi pembantaian kejam Israel
15 Mei, menandakan genap 76 tahun, tanah rakyat Palestin telah dirampas secara ganas dan dipindahkan secara paksa di tangan peneroka haram Yahudi, tentera zionis Israel.
Kerajaan cadang akta pembangunan hartanah bagi Semenanjung Malaysia - Nga
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, idea penubuhan akta berikutan kehidupan moden dalam pembangunan bercampur merangkumi peruncitan, komersial, SOHO (pejabat kecil/pejabat rumah) dan kediaman perubatan.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.
ICW, BUILDXPO 2024 sasar jualan RM1 Bilion tahun 2024
Setelah mencatat jualan 494.3 juta ringgit tahun lepas, minggu pembinaan antarabangsa (ICW) dan pameran industri bangunan dan pembinaan antarabangsa Malaysia (BUILDXPO) 2024 menyasarkan hasil jualan sebanyak RM1 bilion tahun ini.
Pertemuan bersama Presiden Poland signifikan - PM Anwar
Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan beliau turut berkesempatan mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Poland Andrzej Duda semasa Forum Ekonomi Qatar 2024.
UKM buka kampus di Doha, PM Anwar bangga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembukaan bersejarah Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha, Qatar hari ini telah meletakkan status pengajian tinggi negara di pentas dunia.
Ahli sokong kerajaan: Bersatu mahu Akta Antilompat Parti dikaji semula
Pihaknya juga akan mengemukakan laporan polis dan SPRM dalam masa terdekat.
Pengecualian cukai: 'Boleh serah kepada parti, kepada pesawah padi. Saya pilih pesawah padi' - PM Anwar
Perdana Menteri ketika menjawab soalan Kee Chin menafikan tuduhan bahawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.
MPT Bersatu tolak peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Presiden
ini kerana pertuduhan kes rasuah terhadap Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden dan bukannya kapasiti peribadi.
'Penyokong jaga tingkah laku, kerana kami parti yang aman' - Muhyiddin
Beliau menjawab soalan sama ada akan tercetusnya situasi luar jangka seperti protes dalam kalangan penyokong.
Jana Wibawa: Wan Saiful mengaku tidak bersalah dua pertuduhan rasuah
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di ibu negara pada Selasa atas dua pertuduhan menerima rasuah RM6.9 juta bagi projek berhubung inisiatif Jana Wibawa.
Siasatan dana RM300 juta: Muhyiddin sudah beri keterangan pada SPRM
Presiden Bersatu itu dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
5G: DNB wujud selepas ambil kira perbezaan kepentingan syarikat telekomunikasi - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, sewaktu beliau menjadi PM, terdapat risiko kegagalan penyediaan 5G selepas mengambil kira perbezaan kepentingan telco.
Tubuh Jawatankuasa Kabinet tangani isu kenaikan harga barang - Muhyiddin
MPN ketika ini telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas berkenaan isu tenaga kerja bagi menangani isu kenaikan harga barang.
Muhyiddin tidak menyesal lepaskan jawatan Perdana Menteri
Malah beliau melihat, langkah itu sebagai memenuhi kehendak Perlembagaan dan segala yang berlaku adalah takdir Allah SWT.
Boleh 'hentam', tetapi saya pilih untuk utamakan rakyat - Muhyiddin
Ketika memegang jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin menekankan, tumpuan utama kerajaannya adalah untuk membantu rakyat.