Susulan dakwaan mengenai kematian beribu-ribu ekor ikan dalam sangkar di perairan Teluk Bahang, kerajaan Negeri telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk membangunkan data garis dasar mengenai kualiti air.
Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata pasukan petugas itu diberi tempoh 18 bulan untuk membangunkan data tersebut yang akan berguna untuk siasatan masa depan.
"Data itu akan digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar (DoE), Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Perikanan Pulau Pinang, atau mana-mana agensi yang menyiasat kualiti air," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Beliau berkata kerajaan negeri juga akan membentuk satu platform bersama untuk mengumpul sampel seperti data mengenai pemasaan, suhu air, air pasang dan sebagainya.
Terdahulu, kematian 50,000 ekor ikan di perairan Teluk Bahang dipercayai disebabkan oleh pencemaran logam berat, tetapi Phee berkata bahawa tahap logam berat adalah "di bawah paras yang dibenarkan".
Beliau berkata kematian beribu-ribu ekor ikan adalah disebabkan oksigen terlarut rendah (DO) yang terdapat dalam air, kerana keputusan ujian menunjukkan kepekatan DO hanya empat miligram (mg) seliter, berbanding dengan kadar air segar normal sebanyak 7.56 mg seliter.
"Punca kepekatan rendah DO boleh berubah-ubah, seperti tumbuhan alga, iaitu pertumbuhan alga yang berlebihan di alam sekitar, pencemaran logam berat dan populasi ikan yang berlebihan," katanya.
Pada Rabu, Jabatan Perikanan Pulau Pinang dalam satu kenyataan menafikan dakwaan bahawa kematian beribu-ribu ikan dalam sangkar di perairan Teluk Bahang disebabkan oleh keracunan dan pencemaran seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 15 2019
Lebih 50,000 ikan diternak dalam sangkar ikan mati disebabkan pencemaran air dan keracunan. - Foto Sinar Harian
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
Kerajaan Pulau Pinang bangunkan data garis dasar mengenai kualiti air
Pasukan petugas itu diberi tempoh 18 bulan untuk membangunkan data tersebut yang akan berguna untuk siasatan masa depan.