KOTA BHARU: Kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperuntukkan RM40 juta dalam tempoh empat tahun bermula tahun ini bagi Program Bandar Selamat di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Hassan Yaakob berkata peruntukan berkenaan telah diagihkan kepada 24 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.
Katanya PLANMalaysia akan membuat penyelarasan dengan melakukan penilaian sama ada projek yang dicadangkan oleh PBT sesuai untuk membuat Program Bandar Selamat selaras dengan garis panduan yang ditetapkan pihak jabatan.
"Peruntukan ini diagihkan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Agihan berkenaan membabitkan RM400,000 hingga RM500,000 berdasarkan permohonan projek dan keperluan setiap PBT.
"Sebagai contoh, ada PBT yang memohon untuk membina laluan pejalan kaki bagi mengelakkan berlaku kemalangan atau jenayah di kawasan yang kerap berlaku jenayah. Kebiasaannya data berkenaan dibekalkan oleh polis," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pembersihan dan pengindahan Pantai Kundor, di sini, semalam.
Hassan berkata bagi Kelantan, PBT yang terlibat adalah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dengan RM400,000 diperuntukkan bagi Program Bandar Selamat di negeri itu untuk pembinaan laluan pejalan kaki.
"Peruntukan ini membabitkan kawasan perumahan Flat Buluh Kubu di sini bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selesa, selamat dan berkualiti kepada masyarakat setempat.
"Kesemua peruntukan yang diberikan kepada setiap PBT hendaklah digunakan dalam tempoh tahun yang sama, selain pihak kami juga melakukan pemantauan pelaksanaan projek dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 28 2022
Kerajaan memperuntukkan RM40 juta dalam tempoh empat tahun bermula tahun ini bagi Program Bandar Selamat di bawah RMK-12. -Gambar hiasan/Bernama
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Transformasi PMKS tahun ini buka tirai di Johor Bahru
Wartawan Astro AWANI, Nabilah Khaleeda berlintas langsung dari Johor Bahru untuk liputan Jiwa SME di mana ia adalah sebuah platform bagi memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui peluang perkongsian pengetahuan serta strategi, yang membuka tirainya pada Sabtu.
AWANI Pagi: Suhu politik hangat, apa nasib Sungai Bakap?
Pemerhatian dan analisis awal Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Awani Pagi 8.30 nanti, sempena PRK DUN Sungai Bakap Memilih hari ini.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
KDN rampas penerbitan, alat permainan seks bernilai RM1.2 juta
Sejumlah 19,924 hasil penerbitan dan alat permainan seks dirampas dalam Ops Cetak 1.0 yang dilaksanakan oleh KDN di seluruh negara.
Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing diguna lebih enam tahun tanpa kontrak – PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengenal pasti berlaku pertindihan fungsi antara agensi dalam membangunkan sistem pengurusan pekerja asing dan pembaziran wang awam.
Peniaga didenda RM10,000 miliki bahan al-Quran tanpa kelulusan KDN
Seorang peniaga didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah memiliki bahan al-Quran yang tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
KDN bangunkan pelan induk kawalan keselamatan sempadan
KDN sedang membangunkan Pelan Induk KDN Berhubung Kawalan Keselamatan Sempadan Negara dalam usaha mengukuhkan lagi keselamatan di sempadan.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 dibentang pada sesi Parlimen ini
Pindaan terhadap akta sedia ada itu dibuat bagi memberi peluang kepada golongan penagih menawarkan diri untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan secara sukarela.
KDN beri keutamaan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat
Ia berikutan permohonan dua kategori tersebut adalah paling tinggi setakat ini.
PRK DUN Sungai Bakap: KDN Jamin keselamatan pengundi, 600 polis dikerah bertugas
Semua pihak dinasihat supaya mematuhi undang undang agar sepanjang kempen tidak berlaku perkara yang boleh mencetus ketidaktenteraman awam.
DSA NATSEC Asia 2024 buka peluang integrasi teknologi terkini dalam keamanan negara
Penganjuran DSA NATSEC Asia 2024 memberi peluang kepada syarikat industri pertahanan dan keselamatan tempatan memperkenalkan serta mempamerkan keupayaan masing-masing selari dengan kemajuan teknologi.
JIM, KDN teroka penggunaan kod QR di pintu masuk negara
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneroka kaedah penggunaan kod respons pantas (QR) di beberapa pintu masuk utama negara bagi menangani isu kesesakan.
KDN pilih Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng, sebagai Kampung Angkat MADANI
Kampung Beng, yang terkenal sebagai Mini Amazon Malaysia, telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).