JOHOR BAHRU: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM140 juta bagi menaik taraf Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon.
Ling berkata kerja-kerja naik taraf termasuk melibatkan elektrik dan sistem di hospital itu akan dilaksanakan bermula bulan depan dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.
"Naik taraf adalah secara berfasa, operasi di hospital akan diteruskan seperti biasa, namun mungkin akan ada pesakit dipindahkan ke wad atau hospital lain supaya mereka dapat meneruskan rawatan," katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat kerja naik taraf HSA di sini hari ini.
Beliau berkata antara skop naik taraf HSA meliputi bekalan elektrik daripada 6.6 kilovot (kV) kepada 33 kV, sistem automasi bangunan, gas perubatan, pencegahan kebakaran dan teknologi maklumat (ICT).
Sementara itu, Ling berkata peningkatan kes jangkitan saluran pernafasan iaitu Penyakit Seperti Influenza (ILI) dan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) dalam kalangan kanak-kanak menyebabkan wad kanak-kanak hospital di Johor mengalami sedikit kesesakan.
Bagaimanapun, beliau berkata kadar penggunaan katil di 13 hospital kerajaan di negeri ini masih lagi terkawal iaitu pada kadar 76 peratus daripada 5,307 katil keseluruhannya.
Katanya, penggunaan katil bagi kes COVID-19 juga meningkat pada kadar 22 peratus bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-28/2022, manakala katil Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 turut bertambah kepada 17.5 peratus pada minggu sama.
"Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat daripada tiga pesakit pada ME ke-27/2022 kepada enam pesakit pada ME ke-28/2022," katanya.
Berhubung isu parkir di HSA, Ling berkata pihak konsesi terlibat dijangka membentangkan perancangan untuk menambah kira-kira 70 lot parkir baharu pada minggu depan.
Setakat ini HSA mempunyai 920 lot parkir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022

Kerja naik taraf HSA akan dilaksanakan bermula bulan depan dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. - Gambar fail/ Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

HSA siasat dakwaan pesakit hilang barang kemas semasa rawatan di JKT
Pengurusan HSA sedang menjalankan siasatan lanjut susulan dakwaan seorang pesakit kehilangan barang kemas semasa menerima rawatan di JKT.

Juruteknologi makmal didakwa 25 pertuduhan terima rasuah
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas 25 pertuduhan menerima suapan sebanyak RM16,150, antara 2019 hingga tahun lalu.

Laporan pertukaran pakar patologi di HSAJB tidak tepat - KKM
KKM berkata, tiada perpindahan keluar pegawai perubatan pakar patologi seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Saman kecuaian babit pesakit maut dalam kebakaran di HSA akan dibicarakan
Tiga saman kecuaian yang difailkan oleh ibu bapa kepada tiga pesakit yang maut dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 2016 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Kerajaan lulus RM500 juta segerakan naik taraf Hospital Sultanah Aminah - Anwar
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi menyegerakan projek-projek pembinaan fasa pertama di dalam Hospital Sultanah Aminah (HSA), yang dijangka bermula pada tahun ini.

Johor mohon tempat letak kereta bertingkat di HSA
Kerajaan Johor akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar tempat meletak kenderaan bertingkat dibina di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi menangani isu kesesakan.

Suami isteri cedera akibat letupan gas memasak
Mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Skim Perubatan MADANI bantu kurangkan kesesakan di HSA, HSI - Exco Johor
Ia turut memberi kelegaan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di 33 GP di Johor Bahru.

Kerajaan peruntuk RM140 juta naik taraf HSA
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM140 juta bagi menaik taraf Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon.

COVID-19: 21 kes positif babitkan petugas kesihatan di HSA Johor
Seramai 21 petugas kesihatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dikesan positif COVID-19 membabitkan Kluster Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan di sini sejak semalam.