ISKANDAR PUTERI: Skim Perubatan MADANI yang dilaksanakan pengamal perubatan swasta umum (GP) di Johor Bahru akan membantu mengurangkan kesesakan khususnya di dua hospital utama di daerah itu iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata ia turut memberi kelegaan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di 33 GP di Johor Bahru sekali gus mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah (B40) terlibat.
"Di Johor, daerah pertama adalah Johor Bahru kerana ada penduduk yang ramai dan hospital di daerah ini (HSA dan HSI) juga yang tersesak dan teramai pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan kesihatan.
Mudah-mudahan dengan adanya skim ini khususnya penerima STR, mereka boleh dapatkan rawatan khususnya penyakit tidak berjangkit (NCD) di klinik swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi ProtectHealth," katanya selepas merasmikan Unit Perubatan Nuklear di Hospital Gleneagles di Medini di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri akan mengemas kini senarai klinik yang berdaftar di bawah skim yang dilancarkan KKM pada Khamis lepas itu dari semasa ke semasa supaya lebih ramai golongan B40 khususnya penerima STR dapat menerima manfaat daripada inisiatif itu.
Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif rintis kerajaan bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terutamanya dalam mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut atau rawatan pesakit luar kes-kes akut di GP.
Skim itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 Februari lepas dan merupakan satu daripada inisiatif kerajaan mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.
Sementara itu, Ling berkata HSA akan menjalankan siasatan lanjut berhubung satu video tular di media sosial yang mendakwa pesakit tidak dibenarkan berjumpa dengan doktor di Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) di hospital berkenaan, semalam.
"Kalau sakit mereka boleh pergi mana-mana hospital kerajaan melalui (jabatan) kecemasan. Hospital kerajaan tidak boleh menolak pesakit yang datang ke hospital untuk menerima rawatan. Apa yang berlaku terhadap pengadu, hospital akan menjalankan siasatan," katanya.
Terdahulu, Pengarah HSA Dr Sal Atan dalam satu kenyataan berkata pihaknya mengambil maklum video tular di aplikasi TikTok berhubung isu berkenaan dan akan menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti faktor kedatangan pesakit ke JKT sama ada atas kes kecemasan atau kes bukan kecemasan.
"Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pada masa sama, pihak pengurusan HSA sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan perawatan yang terbaik. Segala kesulitan yang timbul berhubung perkara ini amat dikesali," katanya.
Semalam, tular satu rakaman video di aplikasi TikTok mendakwa kakitangan HSA menolak seorang pesakit daripada bertemu dengan Pegawai Perubatan di JKT hospital itu. Bagaimanapun video itu sudah diturunkan daripada aplikasi berkenaan, namun masih menjadi perbualan dalam kalangan netizen.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023

Ling Tian Soon berkata ia turut memberi kelegaan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di 33 GP di Johor Bahru sekali gus mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah (B40) terlibat. - BERNAMA
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Tiada lagi tindakan dari MCMC
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) tidak berhasrat untuk meneruskan apa-apa tindakan terhadap tiga penyampai radio ERA FM, Nabil Ahmad, Azad Jazmin, dan Radin Amir Affendy.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketiga-tiga penyampai tersebut sudah melalui pelbagai perkara seperti siasatan dan sebagainya.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketiga-tiga penyampai tersebut sudah melalui pelbagai perkara seperti siasatan dan sebagainya.

Lebih 300,000 terima manfaat Skim Perubatan Madani setakat Nov - Dr Zaliha
Skim Perubatan Madani yang diperkenalkan pada Jun lepas telah memberi manfaat kepada lebih 300,000 individu di seluruh negara melibatkan hampir 600,000 prosedur rawatan setakat bulan ini.

Belanjawan 2024: Perhebat Skim Perubatan Madani, pencegahan NCD - Persatuan
Persatuan berkaitan penjagaan kesihatan berharap kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengembangkan lagi Skim Perubatan Madani serta meningkatkan pencegahan NCD di bawah Belanjawan 2024.

Skim Perubatan Madani diperluas seluruh negara, manfaat 80,000 isi rumah
Inisiatif perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui Skim Perubatan Madani kini diperluaskan ke seluruh negara bermula 15 Sept lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Anwar harap penerima STR, tanggungan manfaatkan Skim Perubatan Madani
Anwar berharap penerima STR dan tanggungan dapat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui skim Perubatan Madani.

Penerima STR boleh dapatkan rawatan Skim Perubatan Madani bermula hari ini
Skim Perubatan Madani yang bermula hari ini sehingga 31 Dis ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Belanjawan 2023: Skim Perubatan Madani mampu kurangkan kesesakan di hospital - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik beberapa inisiatif dalam pembentangan Belanjawan 2023 apabila menerima peruntukan kedua terbesar dengan peningkatan sebanyak 12 peratus kepada RM36.