ALOR SETAR: Kerajaan memperuntukkan RM1.3 bilion bagi melaksanakan tujuh Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dalam usaha meminimumkan kesan bencana banjir di Kedah.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan projek itu termasuk di Sungai Pendang; Sungai Kedah/Anak Bukit; Baling, Kuala Pegang dan Bandar Jitra Selatan.
"Sebanyak RM239 juta juga diperuntukkan bagi pembinaan rangkaian sistem pembetungan di seluruh Kedah, merangkumi 28 loji kumbahan awam dan 16 loji kumbahan di premis kerajaan," katanya ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah di Stadium Darul Aman di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Jelajah AKM Negeri Kedah merupakan edisi kesembilan AKM selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak dan Selangor.
Selain itu perdana menteri berkata 844 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kini dibina dan dibaik pulih di Kedah, melibatkan peruntukan keseluruhan RM15.7 juta yang memberi manfaat kepada lebih 4,220 ahli isi rumah luar bandar.
Cakna dalam meningkatkan fasiliti perubatan dan tahap kesihatan Keluarga Malaysia di Kedah, Ismail Sabri berkata kerajaan merancang membina sebuah Pusat Kanser Wilayah Utara (PKWU) di Sungai Petani di bawah peruntukan Rolling Plan Keempat, RMK12.
Beliau berkata kerajaan juga memperuntukkan RM1.13 bilion bagi pembangunan sekolah serta institusi pendidikan melibatkan 109 projek baharu dan sedia ada, demi masa depan Keluarga Malaysia di Kedah.
Perdana menteri berkata kerajaan sentiasa peka dan prihatin mengenai kepentingan jalinan jalan raya yang sempurna untuk memudahkan Keluarga Malaysia khususnya di Kedah menjalankan kegiatan harian dengan selamat serta selesa.
"Sehubungan itu, kerajaan membelanjakan RM425 juta untuk menaik taraf laluan tujuh dari persimpangan Lencongan Barat ke persimpangan Tiga Kemboja, selain memperuntukkan RM526 juta untuk menaik taraf jalan persekutuan Gerik/Kupang/Lunas," katanya.
Perdana menteri berkata kerajaan juga akan menggantikan Jambatan Manjalara di Kota Setar yang telah uzur dengan jambatan baharu bagi memastikan lalu lintas lebih sistematik untuk kemudahan Keluarga Malaysia.
Menurut Ismail Sabri bagi mempergiatkan pembangunan infrastruktur di sempadan Malaysia-Thailand, kerajaan akan membangunkan laluan empat lorong dari Pokok Sena ke Bandar Durian Burung.
"Sesungguhnya menjadi agenda kerajaan untuk membangunkan seluruh pelosok negara termasuk di Kedah, bagi memastikan tiada ahli Keluarga Malaysia yang terpingggir daripada nikmat pembangunan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 02 2022
Ismail Sabri berkata pelaksanaan projek itu termasuk di Sungai Pendang; Sungai Kedah/Anak Bukit; Baling, Kuala Pegang dan Bandar Jitra Selatan. - Bernama
[TERKINI] Kedai perabot berhampiran LDP musnah dijilat api
Sebuah Kedai Perabot musnah hampir 100 peratus selepas dijilat api dalam kejadian di Jalan SS8/7, Petaling Jaya.
Kedai perabot berhampiran LDP musnah dijilat api
Sebuah kedai perabot musnah hampir 100 peratus selepas dijilat api dalam kejadian di Jalan SS8/7, Petaling Jaya .
Menteri Alam Sekitar G20 sokong dana pemuliharaan hutan
Menteri-menteri alam sekitar dari negara Kumpulan 20 pada Khamis bersetuju untuk menyokong penubuhan dana bagi perkhidmatan ekosistem, sekaligus cadangan Brazil untuk tabung amanah bagi pemuliharaan hutan.
Inisiatif Brazil itu, yang dikenali sebagai fasiliti kemudahan hutan tropika selama-lamanya, yang akan membantu negara-negara berkaitan untuk melindungi biom kritikal.
Inisiatif Brazil itu, yang dikenali sebagai fasiliti kemudahan hutan tropika selama-lamanya, yang akan membantu negara-negara berkaitan untuk melindungi biom kritikal.
45 individu maut, dua kapal karam di laut merah
Dua kapal yang membawa pelarian dari Afrika karam di Laut Merah, berhampiran Persisiran Pantai Djibouti, mengakibatkan 45 terbunuh.
Menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kapal yang berlepas dari Yaman itu membawa 310 orang.
Menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kapal yang berlepas dari Yaman itu membawa 310 orang.
Jumlah mpox di Uganda meningkat kepada 41 kes
Jumlah kes mpox yang disahkan di Uganda meningkat kepada 41 dalam tempoh dua minggu lalu, menurut data yang dibentangkan dalam satu konsortium serantau mengenai penyakit ini.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian.
Islamabad tutup, telco disekat menjelang himpunan anti-kerajaan
Pihak berkuasa di Pakistan menutup ibu negaranya, Islamabad selain menyekat perkhidmatan telefon bimbit pada Jumaat bagi menghalang perhimpunan anti-kerajaan oleh penyokong bekas perdana menteri yang dipenjarakan, Imran Khan.
Malaysia perlu aktif teroka pasaran baharu
Sudah tiba masanya untuk Malaysia tidak lagi terlampau bergantung dengan pelaburan daripada kuasa-kuasa ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat, China, atau dari Eropah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia selama ini mungkin terlepas pandang tentang negara-negara yang mempunyai potensi hubungan bilateral yang cukup luas, tetapi tidak diteroka sepenuhnya, seperti Pakistan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia selama ini mungkin terlepas pandang tentang negara-negara yang mempunyai potensi hubungan bilateral yang cukup luas, tetapi tidak diteroka sepenuhnya, seperti Pakistan.
Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi pada pemilihan parti Bersatu bagi penggal 2024-2027.
Syarikat teknologi tempatan perlu kembang perniagaan
Kerajaan mahu melihat lebih banyak syarikat teknologi tempatan mengambil peluang dan mengembangkan perniagaan mereka di negara ini susulan pelaburan asing yang mencatatkan lonjakan dalam ekonomi digital negara.
Pelantikan kontraktok PLSB Sungai Golok Fasa 2, 3 dibuat November - Nik Nazmi
Pelantikan kontraktor untuk projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 2 dan 3 dijangka dapat dibuat pada November ini.
RM80 juta untuk projek Rancangan Tebatan Banjir di Teluk Intan - Nga Kor Ming
Projek RTB sepanjang 6km di pesisir Sungai Perak itu dijangka bermula tahun ini dan siap selewat-lewatnya pada 2026.
JPS akan segera laksana projek RTB di Johor
Pihaknya bercadang menggunakan kaedah reka dan bina dalam projek RTB itu kerana ia antara kaedah yang lebih cepat dan berkesan.
PM Anwar lawat mangsa banjir, janji segerakan projek tebatan banjir
Anwar jelaskan projek tersebut tetap perlu melalui proses tender seperti biasa dan ia harus dilaksanakan pada Jun nanti.
Tuan Ibrahim pelik PM Anwar batalkan projek tebatan banjir
Menurutnya, bagaimana boleh adanya penjimatan sedangkan projek tersebut belum lagi bermula.
Belanjawan 2023: Tender semula 6 projek tebatan banjir - PM Anwar
Kerajaan akan menilai semula tender kerajaan membabitkan projek-projek tebatan banjir bagi memastikan proses yang berjalan akan dilaksanakan secara telus.
Bukan semua projek rundingan terus tidak teratur, diambil kesempatan - Tuan Ibrahim
Anwar sepatutnya tahu bahawa rundingan terus kepada projek tebatan banjir yang perlu disegerakan bukanlah satu kesalahan perolehan.
Tuan Ibrahim ambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi
Tuan Ibrahim mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi berhubung dakwaan berkaitan rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion.
Keluarga Malaysia: RM1.8 billion diperuntukkan hadapi Monsun Timur Laut di Pahang - PM
Sebanyak RM1.8 billion disediakan di bawah projek tebatan banjir dan baik pulih hakisan pantai, termasuk di Kampung Tanjung Batu, Pekan.
PLUS aktifkan lencongan di persimpangan bertingkat Juru (Arah Utara)
PLUS mengaktifkan lencongan trafik dari jalan susur masuk ke arah Pulau Pinang-Alor Setar di Persimpangan Bertingkat Juru (Arah Utara) kepada semua kenderaan.