KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan segera menjalankan projek rancangan tebatan banjir (RTB) terutama di Johor, selaras arahan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pengarah JPS Datuk Dr Md Nasir Md Noh berkata pihaknya bercadang untuk menggunakan kaedah reka dan bina dalam projek RTB yang dilaksanakan nanti kerana ia disifatkan antara kaedah yang lebih cepat dan berkesan.
"Memang sudah ada di dalam senarai (projek RTB terutama di Johor), tinggal lagi hendak direalisasikan kaedah bagaimana, sama ada kaedah konvensional atau reka dan bina.
"Apabila Perdana Menteri maklumkan hendak cepat, maksudnya kalau hendak cepat kita perlu guna kaedah reka dan bina," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Jamuan Makan Malam Institut Jurutera Malaysia (IEM) Terengganu 2023, di sini malam tadi.
Katanya selain di Johor, JPS juga sedang mengenal pasti lokasi di negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak yang perlu dijalankan projek RTB dengan segera bagi mengurangkan impak kejadian banjir.
Semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Tengah di Segamat semalam, Anwar memberi jaminan bahawa projek RTB terutamanya di Johor, akan disegerakan operasinya bermula Jun ini.
Katanya proses tender projek tebatan banjir berkenaan harus disegerakan dan perlu beroperasi cepat memandangkan isu banjir di Johor terutamanya, merupakan sesuatu isu yang berulang.
Dalam pada itu Md Nasir berkata JPS akan menempatkan antara 10 hingga 20 lagi pam bergerak di kawasan kritikal di Johor bagi mempercepatkan aliran air banjir, sebagai tambahan kepada sekitar 15 pam bergerak yang telah dipasang di beberapa kawasan di Batu Pahat, Pontian dan Tangkak.
"Kami memang siap sedia dengan pam bergerak ini di seluruh negara. Contohnya kami ada sediakan (beberapa pam bergerak) di Terengganu dan sekiranya Terengganu tidak banjir kami akan ambil dan hantar ke Johor," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya Md Nasir berkata JPS telah melaksanakan konsep pengurusan banjir lebih efektif dengan mengaplikasikan pendekatan penyelesaian berasaskan alam semula jadi (NBS) terhadap tiga projek di Terengganu iaitu RTB Kemasik di Kemaman, Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kemaman dan RTB Bukit Payong di Marang.
Katanya reka bentuk ketiga-tiga projek tersebut menggunakan kawasan dataran banjir semula jadi sebagai storan air banjir bagi melindungi kawasan bandar dan perkampungan.
"Dataran banjir dan rizab sungai berfungsi sebagai kawasan takungan serta laluan air apabila hujan lebat dan banjir besar berlaku. Oleh itu, amat penting untuk pihak kerajaan mewartakan dataran banjir dan rizab sungai supaya tidak dibangunkan untuk tujuan lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
Sebuah keluarga terpaksa meredah banjir untuk pergi melihat keadaan kediaman ketika tinjauan di Seri Medan Batu Pahat, 5 Mac 2023. --fotoBERNAMA
Hamas beri 'cenderahati' kepada tawanan dibebaskan
Ketika menerima 'kejutan' itu, mereka turut tersenyum dan sempat mengambil gambar terakhir sebelum pulang.
Qatar mahu PA kembali mentadbir di Gaza
Hanya penduduk Gaza yang sewajarnya menentukan bagaimana wilayah itu ditadbir.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
2. SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
3. STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai hari ini – MOF
1. Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
2. SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
3. STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai hari ini – MOF
Gaza mula pulih, penduduk mahu kehidupan normal - PBB
Orang ramai kini mula membersihkan sisa-sisa perang dan wujud kehidupan.
PGA tumpas kegiatan pemerdagangan orang di Pasir Mas
Hasil pemeriksaan di sebuah rumah PGA menjumpai dua lelaki dan empat wanita termasuk empat kanak-kanak disyaki warga Myanmar.
Angka korban kebakaran hotel Turkiye meningkat kepada 76 orang
Pihak berkuasa sedang menjalankan ujian DNA untuk mengenal pasti beberapa mayat yang ditemui di lokasi kebakaran.
Dialog pragmatik, kolaborasi kunci utama kendali hubungan global yang kompleks - PM Anwar
Beliau berkata adalah penting bagi negara untuk melibatkan diri dengan berhati-hati dan konstruktif.
Lebih 19 individu minat jawatan CEO ISN - Hannah
Pihaknya menerima lebih 19 permohonan untuk jawatan tersebut, melibatkan penjawat awam dan orang awam dari pelbagai latar belakang.
Angka kematian kebakaran hotel Turkey meningkat ke 76 orang
76 maut dalam kebakaran resort ski Bolu, Turkey. Pihak berkuasa jalankan ujian DNA, 9 individu ditahan. Punca kejadian masih disiasat
Trump mulakan penggal baharu, populariti 47 peratus
Seramai 47 peratus rakyat Amerika menyokong kepimpinan Donald Trump semasa beliau memulakan penggal baharu di Rumah Putih minggu ini, menurut tinjauan Reuters/Ipsos yang selesai pada Selasa.
Tinjauan, yang diadakan selepas pelantikan Trump, menunjukkan popularitinya lebih tinggi berbanding kebanyakan tempoh penggal pertamanya dari 2017 hingga 2021.
Tinjauan, yang diadakan selepas pelantikan Trump, menunjukkan popularitinya lebih tinggi berbanding kebanyakan tempoh penggal pertamanya dari 2017 hingga 2021.
JPS akan segera laksana projek RTB di Johor
Pihaknya bercadang menggunakan kaedah reka dan bina dalam projek RTB itu kerana ia antara kaedah yang lebih cepat dan berkesan.