Sayap tentera gerakan itu, Briged al-Qassam dilaporkan memberi 'cenderahati' kepada Romi Gonen, Doron Steinbrecher dan Emily Damari ketika menyerahkan mereka kepada wakil Persatuan Palang Merah di Bandar Gaza pada Ahad lalu.
"Ketiga-tiga mereka menerima beg kertas tertera logo Briged al-Qassam yang mengandungi rantai, peta Semenanjung Gaza, sijil pembebasan mereka dan gambar kenangan ketika berada di Gaza," lapor beberapa rangkaian media.
Ketika menerima 'kejutan' itu, mereka turut tersenyum dan sempat mengambil gambar terakhir sebelum pulang.
Ia ternyata berbeza dengan propaganda Barat yang sering memburukkan Briged al-Qassam.
New Arab melaporkan sebahagian warganet turut membandingkan reaksi gembira mereka dengan tahanan Palestin yang jelas tertekan akibat penderaan fizikal dan mental sepanjang berada di penjara Israel.
Wakil keluarga Gonen memberitahu Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) bagaimanapun merampas hadiah tersebut. - Sinar Harian memetik agensi