SHAH ALAM: Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan berkaitan rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion.
Mengikut laporan yang disiarkan portal rasmi Pas, surat tuntutan berkenaan telah diserahkan kepada Rafizi melalui firma guaman Yusfarizal Aziz & Zaid.
Berdasarkan surat tuntutan itu, Rafizi diminta untuk mengeluarkan satu draf permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh surat itu dikeluarkan.
Beliau juga diminta untuk mengeluarkan satu aku janji bertulis untuk berhenti daripada menerbitkan atau menulis dan mengeluarkan kenyataan yang sama, juga dalam tempoh tujuh hari.
Pihak guaman yang mewakili Tuan Ibrahim juga mencadangkan satu jumlah ganti rugi yang munasabah kepada beliau, yang mana jumlah yang dipersetujui tersebut perlu dibayar serta-merta setelah pihak yang berkaitan mencapai persetujuan berkenaan dengan jumlah kuantum ganti rugi.
Pada Isnin lalu, Rafizi dalam satu sidang media menuntut penjelasan daripada Timbalan Presiden Pas itu berhubung status projek kerja-kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion yang didakwa dalam proses mendapat kelulusan.
Rafizi mendakwa, berdasarkan sumber dalaman, kementerian itu sedang dalam proses untuk menganugerahkan tender tersebut secara rundingan terus kepada sebuah syarikat sedangkan ia tidak boleh dibuat oleh kerajaan sementara.
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim dalam kenyataan balas pada Selasa memaklumkan, tiada kelulusan boleh diberikan terhadap mana-mana peruntukan kewangan dalam tempoh kerajaan sementara.
Beliau menegaskan, tidak pernah meluluskan sebarang peruntukan mana-mana projek setelah Parlimen dibubarkan dan tiada mana-mana pihak yang datang berjumpanya bagi meminta kelulusan RM2 bilion itu.
Tuan Ibrahim juga menggesa Rafizi agar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mempunyai bukti. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 10 2022
![Tuan Ibrahim ambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi Tuan Ibrahim ambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668074300_TuanIbrahimRafizi.jpg)
Surat tuntutan Tuan Ibrahim (kiri) telah diserahkan kepada Rafizi melalui firma guaman Yusfarizal Aziz & Zaid.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![PRK Sungai Bakap: Calon PN diumum 16 Jun ini - Tuan Ibrahim PRK Sungai Bakap: Calon PN diumum 16 Jun ini - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717840245_PAS.jpg)
PRK Sungai Bakap: Calon PN diumum 16 Jun ini - Tuan Ibrahim
Calon mewakili Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap akan diumumkan pada 16 Jun ini.
![PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697887951_DatukSeriTuanIbra.jpg)
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
![Elaun guru Pasti: Pas buka ruang penambahbaikan Elaun guru Pasti: Pas buka ruang penambahbaikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697887951_DatukSeriTuanIbra.jpg)
Elaun guru Pasti: Pas buka ruang penambahbaikan
Tekanan dibuat terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sejak kebelakangan ini tidak sesekali melunturkan semangat kepimpinan dan ahli Pas.
![Pas gesa kerajaan tidak ikut telunjuk luar isu keselamatan, kedaulatan negara Pas gesa kerajaan tidak ikut telunjuk luar isu keselamatan, kedaulatan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697887951_DatukSeriTuanIbra.jpg)
Pas gesa kerajaan tidak ikut telunjuk luar isu keselamatan, kedaulatan negara
Tuan Ibrahim berkata, perkara ini mesti diuruskan dengan kewibawaan kerajaan Malaysia sendiri tanpa didorong oleh campur tangan asing.
![PN sokong penuh usaha pinda Perlembagaan angkat bidang kuasa Mahkamah Syariah - Tuan Ibrahim PN sokong penuh usaha pinda Perlembagaan angkat bidang kuasa Mahkamah Syariah - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697887951_DatukSeriTuanIbra.jpg)
PN sokong penuh usaha pinda Perlembagaan angkat bidang kuasa Mahkamah Syariah - Tuan Ibrahim
Usaha untuk memperjuangkan kedudukan hukum syarak tidak seharusnya menimbulkan perpecahan atau dipolitikkan.
![Pas gesa PM tegur DAP jangan sentuh sensitiviti Islam Pas gesa PM tegur DAP jangan sentuh sensitiviti Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697887951_DatukSeriTuanIbra.jpg)
Pas gesa PM tegur DAP jangan sentuh sensitiviti Islam
Tuan Ibrahim berkata, DAP sekali lagi menunjukkan taring apabila mengeluarkan kenyataan yang mencampuri urusan agama Islam.
![Pilihan Raya PBT: 'Lama-lama kita ditolak beransur-ansur' - Tuan Ibrahim Pilihan Raya PBT: 'Lama-lama kita ditolak beransur-ansur' - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647870076_TBTUANIBRAHIM.jpg)
Pilihan Raya PBT: 'Lama-lama kita ditolak beransur-ansur' - Tuan Ibrahim
Pas nyatakan kebimbangan berhubung kenyataan Dr Zaliha berhubung untuk membuka laluan perbincangan bagi pelaksanaan Pilihan Raya PBT.
![Jangan buka ruang perbincangan Pilihan Raya PBT dikembalikan - Tuan Ibrahim Jangan buka ruang perbincangan Pilihan Raya PBT dikembalikan - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690698919_DatukSeriTuanIbr.jpg)
Jangan buka ruang perbincangan Pilihan Raya PBT dikembalikan - Tuan Ibrahim
Seharusnya Pilihan Raya PBT tidak diberikan perhatian oleh Zaliha kerana agenda kesejahteraan rakyat bandar perlu menjadi fokus utama.
![Poligami bukan ajaran Pas, Tuan Ibrahim bidas MP Bayan Baru Poligami bukan ajaran Pas, Tuan Ibrahim bidas MP Bayan Baru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700715699_TBMASHUPORANG.jpg)
Poligami bukan ajaran Pas, Tuan Ibrahim bidas MP Bayan Baru
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, dalam hal berpoligami, perkara tersebut dibenarkan oleh syarak dan Islam, dengan syarat tertentu serta pematuhan terhadap aspek undang-undang.
![Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668504041_TBTAKIYUDDIN.jpg)
Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin
Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.